Patch Ke Belum, Sediakah Anda Hadapi Serangan Virus, Trojan & Worm?

Satu lagi kelemahan dalam sistem operasi Microsoft telah dikeluarkan oleh Microsoft.

RPCSS Vulnerabilities in Microsoft Windows

Maklumat daripada tapak laman http://www.cert.org/ , http://www.cert.org/advisories/CA-2003-23.html dan http://www.mycert.mimos.my/ ,
http://www.mycert.mimos.my/advisory/MA-056.092003.html

Amaran, patch sebelum ini adalah tidak berkesan untuk masalah ini. Sila dapat kemas-kini terbaru.

Untuk pengguna sistem operasi Microsoft Windows NT4, XP, 2000 dan 2003 sila ke laman ini untuk mendapatkan kemas kini terbaru.

http://windowsupdate.microsoft.com/

Bergantung kepada kelajuan Internet anda, ia akan mengambil masa. Begitu juga jumlah patch yang anda perlu pasang, tidak pernah
atau telah lama tidak kemas kini boleh juga menentukan jangka masa kemas-kini anda.

Berdasarkan pendapat pakar, kod contoh untuk kelemahan ini akan muncul dalam beberapa hari.

http://isc.sans.org/diary.html?date=2003-09-11

Kemas-kini memerlukan sambungan ke Internet dan ini mendedahkan anda kepada bahaya sebelum anda dapat membuat patch atau kemas kini
ini. Bagi anda pengguna XP anda boleh gunakan kemudahan "Firewall" terhad yang disediakan oleh Micorsoft. Internet Connection Firewall (ICF)

http://www.microsoft.com/windowsxp/expertzone/columns/bowman/november12.asp
(satu sambungan yang panjang perlu dicantumkan jika terputus)

Secara ringkasnya

(1) Mula dengan klik "Start" -> "My Network Places"

(2) Bawah "Network Tasks" , klik "View Network Connections" Plihan lain, Klik kanan "My Network Places" dan klik "Properties".

(3) Klik kanan "connection used for the Internet" (contoh modem), klik Properties.

(4) Klik tab "Advanced", dan pilih "Protect My Computer And Network" pilih kekotak untuk menjalankan ICF. Ini juga akan aktifkan butang
"Settings".

Cara diatas sesuai untuk pengguna di rumah. Jika anda dalam rangkaian pejabat sila dapatkan nasihat sebelum melakukannya.

Bincangkan perkara ini di MTU Sempoi, Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. http://www.mtusempoi.org/

Pelan Keselamatan komputer http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/keselamatan.html
atau tukar kepada sistem operasi alternatif Linux http://www.geocities.com/linuxmalaysia

Jalankan ujian pengesanan virus, worm dan trojan dalam komputer anda.

http://us.mcafee.com/root/mfs/default.asp
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/antivirusmalaysia.html

Protect Your PC http://www.microsoft.com/security/protect/default.asp

Wassalam.

: )

Harisfazillah Jamel
http://groups.yahoo.com/group/haris

15 Sep 2003

Pelan Tindakan Keselamatan Komputer

Nota Ini di Internet : http://harisfazillah.tripod.com/nota/keselamatan.html
Rujuk Kepada Rakan : http://www.mtusempoi.org/phpBB2/refer.php

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang pagi menulis email kepada kumpulan untuk pelan tindakan
pemerhatian dan tindakan jika berlaku pepijat, serangan dan
apa juga masalah yang timbul melibatkan keselamatan komputer.

Ringkasan tindakan :-

(1) Perhatikan notis dan amaran daripada tapak laman keselamatan.

(2) Sebarang notis dan amaran dengan kadar "CRITICAL atau "HIGH"
perlulah diberitahu kepada kumpulan dan ketua.

(3) Email perlu dihantar kepada kumpulan sokongan dan vendor
untuk dapatkan maklum balas dan pelan tindakan selanjutnya.

(4) Uji sebarang "patch" dan "bug fixed" sebelum ia dilakukan
dalam mesin utama.

Tapak laman untuk pemerhatian notis dan amaran.

(1) http://www.cert.org/

Perhatikan semua isu dalam ruang "React To Today Problems".
Semua isu yang "HIGH" dan "CRITICAL" akan diletakkan disini.

(2) http://isc.sans.org/ - Internet Storm Center

Infocon adalah bertukar mengikut warna seperti hijau, kuning
dan merah. Merah adalah keadaan yang kritikal.

(3) http://www.mycert.org.my/

Lihat di "Latest Updates"

(4) Untuk Vendor

Microsoft
http://www.microsoft.com/security/

SUN
http://wwws.sun.com/software/security/

HP-UX
http://welcome.hp.com/country/us/eng/support.html?cc=us

Linux
http://www.linuxsecurity.com/
http://www.linux.com/

Informasi lain
http://www.securiteam.com/

Bincangkan perkara ini di MTU Sempoi bahagian Sekuriti.
http://www.mtusempoi.org/

Wassalam.

: )

Emode - Membentuk Rangkaian Rakan-Rakan (Emode Networking)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah anda mahu membentuk rangkaian hubungan antara rakan anda,
kepada rakan kepada rakan anda dan rakan kepada rakan anda
memperkenalkan rakan mereka kepada anda?

Laman Emode menyediakan kemudahan sebegini. Sebaik sahaja anda
mendaftar sebagai ahli emode, anda boleh menjemput rakan-rakan
untuk menyertai rangkaian anda melalui fungsi jemputan.
Melalui fungsi Invite (jemputan), anda perlu masukkan
alamat email rakan anda dan email yang mempunyai sambungan
khas akan dihantar kepada rakan anda itu tadi.

Sebaik sahaja rakan anda mendaftarkan diri melalui sambungan
khas, rakan anda itu tadi akan dilihat didalam rangkaian.

Apabila rakan anda itu tadi membentuk rangkaiannya, anda
boleh melihat rakannya didalam rangkaian anda. Daripada sini
anda boleh berkenalan dengan mereka yang anda tidak kenali.

Dengan cara Emode anda dengan mudah dapat mengumpulkan rakan-rakan
yang dalam lingkungan anda, yang anda mungkin telah kenali
sewaktu anda belajar atau melalui forum yang anda sertai, atau anda
mahu membentuk lingkungan rakan-rakan yang sama minat atau hobi
seperti Linux atau anda mahu berkenalan dengan rakan-rakan baru
tetapi sukar melakukannya disebabkan kesibukan anda.

Cadangan untuk membentuk rangkaian Emode untuk Malaysia.

Untuk cadangan ini, anda perlu mendaftar dengan Emode melalui
sambungan khas dibawah ini.

http://connect.emode.com/profile/join.html?addid=_r1lqNohopf6MhL4
(Satu sambungan yang panjang dan bersambung).

Adalah dicadangkan anda menggunakan kemudahan email percuma.
Anda tidak digalakkan menggunakan alamat email utama anda untuk
elakkan SPAM. Anda boleh gunakan sambungan dibawah ini untuk dapatkan
email percuma dengan nama domain @mtusempoi.org

http://emailsempoi.iscool.net/

Sebaik sahaja anda telah mendaftar Emode, anda boleh menyertai rangkaian
kumpulan dengan sambungan ini.

http://mtusempoi.connect.emode.com/

Anda perlu sign-in. Klik butang "Joint Now" untuk sertai kumpulan ini.
Setelah menyertai kumpulan ini anda boleh tekan butang "Invite Friends"
untuk anda menjemput rakan-rakan anda menyertai Emode supaya kita
boleh membentuk rangkaian hubungan yang besar.

Anda digalakkan untuk sentiasa masuk ke kumpulan ini melalui sambungan
http://mtusempoi.connect.emode.com/ untuk melihat pertambahan rakan-rakan
dan menjemput rakan-rakan anda yang lain.

Anda boleh bincangkan tentang emode di MTU Sempoi dalam Berita dan
Maklumat IT melalui sambungan http://www.mtusempoi.org/ atau sambungan
terus di

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Wassalam.


: )

http://www.geocities.com/lovhafnie

Cybercafe, Pekara Yang Anda Perlu Dilakukan.

Nota kali ini dikongsikan bersama beberapa perkara yang anda perlu
lakukan sewaktu menggunakan kemudahan komputer di Cyber Cafe (CC).

Ramai mungkin sewaktu menggunakan Cybercafe tidak cuba untuk
melakukan beberapa perkara yang boleh lindungi data peribadi diri
anda. Data-data seperti nama pengguna (username) dan kata lepas
(password) bagi email, laman dan forum yang anda lawati dan sertai.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggunakan kemudahan
Market Score. Selain untuk melajukan capaian Interet, ia juga
bertujuan untuk melindungi jejak pelayaran di Internet.

Dengan kemudahan Market Score, sekurang-kurangnya capaian Internet
akan dilindungi dengan cara, hanya sambungan ke Market Score Sahaja
yang kelihatan tanpa mendedahkan destinasi sebenar.

Sebelum mencuba anda perlu menguji sendiri. Sila lawat sambungan
laman ini untuk menguji dahulu proxy Market Score sebelum anda
membuat sebarang keputusan. Dilaman ini nanti langkah-langkah
ujian Market Score akan ditunjuk ajar kepada anda.

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewtopic.php?t=547

http://mtusempoi.tripod.com/uji-marketscore.html

Anda boleh daftar terus di http://www.marketscore.com/

Mozilla menyediakan kemudahan menghentikan "Pop-up" dan juga
perisian email yang mampu mengasingkan email sampah (SPAM).

http://www.mozilla.org/

Kebanyakan CC menggunakan Internet Explorer, maka anda gunakan
"Alexa toolbar" atau "Google toolbar" untuk menghalang pop-up
yang selalu muncul daripada laman-laman yang dilawati. Toolbar
ini akan dipasang bersama Internet Explorer. Selepas pemasangan
anda perlu mulakan semula Internet Explorer untuk dapat melihat
Toolbar atau anda perlu memilih ia melalui View -> Toolbars

Alexa Toolbar di http://www.alexa.com/
Google Toolbar di http://www.google.com/

Kebanyakan laman memerlukan kita mendaftarkan diri dan alamat email
adalah wajid. Maka anda perlu menyediakan beberapa alamat email
tidak utama untuk memastikan jika berlaku SPAM, alamat email utama
anda tidak terjejas. Ada pelbagai laman menyediakan kemudahan email
percuma. Antaranya http://sempoi.mail.everyone.net/ .

Selepas penggunaan anda perlu kosongkan ruang cache, history dan
cookies perisian pelayar Internet anda.

Bagi Mozilla

Edit -> Preferences -> Navigator -> History -> Clear History
dan Clear Location Bar.

Untuk Cache

Edit -> Preferences -> Advanced -> Cache -> Clear Cache.

Mozilla juga menyediakan kemudahan Link Prefetching. Bermaksud
muka laman lain akan dicapai dahulu sewaktu anda sedang
membaca. Ini membantu capaian laman seterusnya lebih cepat.

Untuk Password

Edit -> Preferences -> Privacy And Security -> Passwords ->
Manage Stored Passwords -> Remove All.

Untuk Cookies,

Edit -> Preferences -> Privacy And Security -> Cookies ->
Manage Stored Cookies -> Remove All Cookies.

Untuk Internet Explorer.

Tools, bahagian General, klik butang delete cookies, delete files
dan clear history.

Ke bahagian Content. Pilih AutoComplete, pilih clear form dan
clear passwords.

Langkah-langkah diatas boleh melindungi anda dalam banyak perkara,
namun tidak semua dapat diatasi. Antaranya ada perisian yang merakam
setiap huruf yang ditekan di papan kunci yang dipanggil key logger.

Atas sebab peribadi, saya tidak membuat urusan kewangan melalui
komputer di CC. Walaupun laman kewangan telah memastikan semua
perkara keselamatan dituruti, miskipun langkah-langkah diatas
telah dibuat namun perisian imbasan dan perisian yang mengintai
ini adalah sukar dikesan dalam komputer yang kita gunakan.

Pilihan ditangan anda. Beberapa kemudahan anti-virus ada menyediakan
kemudahan mengesan perisian key logger dan perisian mengintai ini,
namun ia boleh diatasi. Sehingga perisian pengesan menjadi matang
maka anda perlu menjaga keselamatan capaian anda terutama melibatkan
urusan kewangan. Sama ada anda mendapat jaminan daripada CC atau
anda lakukan di komputer anda sendiri.

Bincangkan nota ini di MTU Sempoi http://www.mtusempoi.org/, Berita Dan
Maklumat IT atau sambungan terus di

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie


http://snurl.com/1t2w

XPDC Kenong 2003
http://www.mtusempoi.org/Kenong/

Jelajah Belantara Hijau

Assalamualaikum,

Ini adalah jemputan ke XPDC Rimba Kenong

29 Aug 2003 Hingga 1 Sep 2003

Maklumat lanjut di

http://www.mtusempoi.org/Kenong/index.htm

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

Ramai mungkin tidak tahu bahawa kita mempunyai
jam masa Internet. Jam masa Internet adalah untuk memudahkan
kita menentukan masa tanpa memikirkan zon masa. Ia
sesuai untuk pertemuan di Internet.

Sebagai contoh, jika rakan anda berada di London dan anda
berada di Kuala Lumpur. Anda boleh tetapkan masa Internet
agak tiada siapa yang terkeliru dengan zon masa.

Sebagai contoh anda dan rakan anda bertemu di Internet
pada jam masa Internet 250

Maka bagi anda di Kuala Lumpur adalah 1300, satu tengah hari,
dan rakan anda di London adalah 0600, pukul 6 pagi.

Sila rujuk laman kiraan disini
http://www.geocities.com/lovhafnie/converter.html

dan

http://www.swatch.com/internettime/home.php

Bincangkan nota ini di Forum MTU Sempoi.

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Wassalam.

: )

Menghalang Pop-Up (Anti Pop-up) Di Internet

Nota ini di Internet http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/henti-pop-up.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda tentu bosan dengan tetingkap Pop-up daripada laman yang lawati. Jika satu tetingkap mungkin anda boleh tahan lagi namun menjadi gangguan jika setiap kali lawatan anda ada sahaja "Pop-up" ini. Malah ada sesetengah laman meletak lebih daripada satu pop-up.

Selain daripada gangguan, Pop-up mengambil masa untuk anda mencapai sesebuah laman dan boleh memperlahankan capaian anda. Disamping itu ada sesetengah pop-up tapi anda sedari telah memasang perisian tertentu.

Mozilla adalah sebuah perisian pelayar daripada projek sumber terbuka. Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk menghentikan "pop-up". Mozilla boleh anda dapati di laman

http://www.mozilla.org/

Jika anda pengguna Internet Explorer. Alexa dan Google menyediakan kemudahan "toolbar" yang dilengkapkan dengan kemudahan menghentikan pop-up.

Sebagai contohnya, apabila anda telah memasang Alexa toolbar apabila dan melawat sesebuah laman, apabila sebuah pop-up akan keluar, anda akan ditanya sama ada anda mahu
menerima atau tidak pop-up itu. Jika anda memilih tidak, lawatan seterusnya Alexa toolbar akan menghalang terus pop-up tanpa lagi bertanya kepada anda.

Begitu juga dengan toolbar daripada Google.

Untuk mendapatkan toolbar ini

Google toolbar

http://www.google.com/

Alexa toolbar

http://www.alexa.com/

Diharapkan nota ringkas ini dapat membantu anda dalam pelayaran anda di Internet Malaysia dan seluruh dunia.

Berikan pendapat anda tentang nota ini di MTU Sempoi

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Wassalam.

: )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami banyak berkumpul di MTU Sempoi, forum yang bercorakkan universiti.

http://www.mtusempoi.org/

Wassalam.

: )

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon