Perincikan Azam Tahun Baru Anda

Perincikan Azam Tahun Baru Anda

Setiap tahun baru tiba, anda akan buat azam tahun baru. Azam seperti "Saya mahu kurus", "Saya mahu berhenti merokok" dan pelbagai lagi azam yang bertujuan untuk majukan diri. Ia sepatutnya diteruskan. Azam membantu anda dalam merangka dan melaksanakan pelbagai usaha untuk kebaikan diri anda sendiri.

Sekarang, berazam pula untuk perincikan azam, untuk pastikan azam anda itu tercapai. Perincikan azam anda dan dengan bantuan perisian-perisian ia dapat membantu anda merancang, melaksana dan mencapai azam anda.

Sebelum itu, jadikan azam anda satu perkara yang mudah difahami dan dilaksanakan. Buat langkah-langkah berikut :-

  1. Jadikan azam anda sebagai satu projek.
  2. Tetapkan azam anda sebagai matlamat projek.
  3. Tentukan ukuran kejayaan azam atau matlamat anda itu.
  4. Setiap projek ada tarikh mula dan tarikh akhirnya.
  5. Projek perlu ada tarikh penilaian ke arah kejayaan iaitu milestones atau penanda perjalanan.
  6. Tetapkan "Milestones" berdasarkan matlamat kecil dalam menjayakan matlamat utama anda.
  7. Setiap milestones perlu ada tarikh yang menunjukkan tarikh ia patut dicapai. Dicadangkan ia ditetapkan kepada setiap 3 bulan atau mengikut fasa masa yang sesuai.
  8. Senaraikan cara atau langkah untuk mencapai matlamat dan sediakan fail khas untuk menyimpan bahan-bahan berkaitan.
  9. Hadiahkan diri anda sesuatu yang istimewa sebagai satu reward jika azam atau matlamat tersebut tercapai.


Contoh perjalanan azam "Saya mahu kurus"

Nama Projek : Saya Mahu Kurus
Matlamat : Saya mahu kurus dengan mengurangkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa setahun.
Kejayaan : Mencapai berat 60KG (Sekarang 70KG)

Tarikh Mula : 2 Januari 2015
Tarikh Akhir : 30 Dis 2015

Milestones (Penanda aras)

67KG - Mar 2015
65KG - Jun 2015
63KG - Sep 2015
60KG - Dis 2015

Cara-caranya

  1. Cuba elakkan pengambilan nasi diet seharian untuk tempoh setahun.
  2. Minum banyak air kosong.
  3. Tidur yang mencukupi dan mesti melebihi 6 jam setiap hari.
  4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  5. Bersenaman sekurang-kurangnya selama 1 jam setiap 3 hari.
  6. Banyak berjalan capai matlamat 5000 langkah.
  7. Menderma darah kerana sebagai penderma darah anda sentiasa motivasi diri sendiri untuk sentiasa sihat.


Perisian-perisian

Perisian-perisian berikut boleh digunakan untuk rekodkan azam anda ini.


A) Google Fit


https://fit.google.com/

Google Fit adalah perisian daripada Google yang boleh dipasang dalam telepon pintar Android anda yang direka khas untuk tujuan kesihatan. Gunakan ia untuk merekod jumlah pergerakan kaki anda. Tetapkan matlamat adalah untuk mencapai 5000 langkah ke 10,000 langkah sehari sebagai usaha senaman anda.


B) Remember The Milk


Untuk memudahkan peringatan setiap kerja yang perlu anda lakukan anda boleh gunakan laman web ini

https://www.rememberthemilk.com/

Gunakan ia untuk senaraikan tugasan harian anda bagi mencapai matlamat yang anda telah rangka.


C) Google Calendar


Gunakan kemudahan Google Calendar untuk masukkan setiap milestones. Google Calendar mempunyai fungsi untuk mencipta kalendar anda sendiri. Cipta kalendar dengan tajuk utama adalah azam anda. Kemudian masukkan milestones dalamnya. Gunakan kemudahan "Reminder" pada setiap milestones yang anda masukkan.




Sebagai contoh ini adalah Google Calendar untuk artikel-artikel E-Makalah Hafnie




Wassalam.

Harisfazillah Jamel


Bukan Sekadar Internet Sahaja

Nantikan kehadiran buku ini dipasaran Internet.

25 Dis 2014

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


Perincikan Azam Tahun Baru Anda oleh Harisfazillah Jamel adalah dibawah sebuah lesen Lesen Creative Commons Atribusi 4.0 Antarabangsa. http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/

Karya ini adalah di bawah lesen Creative Commons Atribusi 4.0 Antarabangsa. Untuk melihat salinan lesen ini, kunjungi http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/
Lesen Creative Commons
Perincikan Azam Tahun Baru Anda oleh Harisfazillah Jamel adalah dibawah sebuah lesen Lesen Creative Commons Atribusi 4.0 Antarabangsa.
Berdasarkan karya di http://blog.harisfazillah.info/2014/12/perincikan-azam-tahun-baru-anda.html.
Kebenaran melebihi skop lesen ini boleh didapati di http://blog.harisfazillah.info.

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon