Bantahan Kepada "Board of Computing Professional Draft" 2011 (CPB2011)


Saya, Harisfazillah Jamel, rakyat Malaysia yang bekerja dan terlibat dalam bidang ICT ingin membuat bantahan kepada cara dan bagaimana "Board of Computing Professional Draft" dicadangkan dan mahu diwartakan.

Bantahan ini dibuat, kerana tiada notis, makluman awam, pemberitahuan awal dan sebarang perbincangan dengan mana-mana kumpulan-kumpulan bidang ICT dalam merangka akta ini. MOSTI sepatutnya sedia maklum bahawa, bidang ICT adalah meluas dan ia memerlukan rangka persetujuan ramai dalam apa jua usaha melaksanakan undang-undang tertentu. Bantahan ini merujuk kepada maksud akta.

"An Act to provide  for the  establishment of the  Board  of Computing Professionals Malaysia and for the registration of computing practitioners, computing professionals, sole proprietorships, partnerships and  bodies  corporate  providing  Computing  Services and  for purposes connected therewith."

Yang dengan jelas menyatakan hampir semua dalam bidang ICT akan terlibat. Namun saya sebagai individu dalam bidang ICT tidak mendapat maklum malah rakan-rakan ICT dalam komuniti OSS tidak juga dimaklumkan, sedangkan ia melibatkan masa depan kami semua.

Bantahan saya ini akan saya tayangkan dalam blog, Facebook dan semua rangkaian saya untuk tujuan perhatian semua pihak dan juga ia turun email dan fax kepada MOSTI.

Sila maklum, jika bantahan ini tidak diambil perhatian, dengan memanggil lebih ramai pihak daripada pelbagai lapisan bidang ICT, maka ia adalah satu kekecewaan kepada pihak saya kerana ia melibatkan masa depan saya sebagai individu yang bergiat dalam bidang ICT.

Kepakaran dalam bidang ICT tidak dapat diukur secara mutlak melalui sijil dan degree. Tapi adalah kemahiran dan kepakaran hasil pengalaman. Ia tidak dapat diukur secara total dengan peperiksaan namun ia dapat dinilaikan dengan hasil usaha sumbangan terutama kepada komuniti ICT dan awam. Jasa mereka.

Harisfazillah Jamel

8 Dis 2011.

10:13pm

Saya boleh dihubungi melalui email : linuxmalaysia @ gmail.com

Komen boleh dibuat disini dan


Asal :-

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon