Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT

Saya panjangkan, daripada rakan-rakan ICT kepada yang lain. Atau baca di laman gesaan ini https://goo.gl/UcfzSu


Ringkasan, gesaan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jabatan IT Negara dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dan Ketua utamanya adalah daripada pegawai IT Kerajaan yang layak dan seterusnya  memusatkan sumber manusia IT kerajaan.

Dipanjangkan oleh Harisfazillah Jamel. 25 Nov 2018.
=========
Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon kawan-kawan sebarkan dan viralkan petition berkenaan skim perkhidmatan skim teknologi maklumat ini. Terima kasih.

PENGENALAN. Keputusan kabinet berkenaan perpindahan MAMPU ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui surat bertajuk Cadangan Rasionalisasi Struktur Jabatan Perdana Menteri bertarikh 28 Jun 2018 dilihat sebagai reformasi baharu ke arah meningkatkan daya saing Teknologi Maklumat (IT) Sektor Awam. Ia seiring dengan fungsi agensi berteraskan IT lain yang diletakkan di bawah KKMM seperti Suruhanjaya Komunikai dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Namun begitu, arahan bertarikh 12 Oktober 2018 untuk mengekalkan MAMPU kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui surat bertajuk Perakuan Pindaan Waran Perjawatan Berikutan Perubahan Semula Senarai Agensi di bawah Program Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tahun 2018, telah menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak.

Keputusan mengembalikan fungsi teras IT di bawah MAMPU dilihat tidak seiring dengan amalan terbaik negara maju seperti di United Kingdom melalui Government Digital Service, Australia melalui Digital Tranformation Office, Singapura melalui Govtech dan Korea Selatan melalui National Computing and Information Service. Prestasi perkhidmatan dalam talian negara tersebut dilihat lebih signifikan dan berdaya saing dengan meletakkan ICT sebagai satu entiti yang berautoriti bagi menjalankan aktiviti khusus berkaitan penyelidikan dan pembangunan khusus berkaitan ICT. Model ini seharusnya diadaptasi di Malaysia bagi memastikan prestasi perkhidmatan IT kerajaan yang lebih baik ke arah pembangunan yang mapan.

RESOLUSI. Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula keputusan ini dengan mempertimbangkan dua (2) resolusi utama yang didatangkan bersama petisyen ini iaitu:

#1 MENUBUHKAN JABATAN IT. Jabatan IT sebagai entiti yang berautoriti secara khusus dengan memberi fokus kepada reformasi pendigitalan penyampaian kerajaan meliputi aktiviti berkaitan penggubalan akta/dasar/polisi, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penguatkuasaan program di bawah Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2017 serta aktiviti berkaitan IT Sektor Awam. Jabatan IT juga berperanan penting bagi menyelaras aktiviti tersebut merentasi kementerian dan agensi. Menerui Jabatan IT, perkhidmatan dapat dikoordinasi dengan lebih baik serta mengatasi pertindanan dan birokrasi di antara agensi bagi mengembalikan semula tahap penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan dalam talian kerajaan.

#2 MELANTIK KETUA PERKHIDMATAN DARIPADA PROFESIONAL IT. Sektor IT kerajaan hendaklah diterajui oleh Ketua Perkhidmatan dari kalangan Pegawai Skim Teknologi Maklumat (F) dan dianggotai oleh pegawai profesional yang berpengetahuan di dalam bidang IT. Ia penting bagi memastikan keputusan dasar yang lebih tepat dan realistik seiring dengan tuntutan semasa rakyat dan perubahan pantas ekosistem perkhidmatan kerajaan serta memacu profesionalisma Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat. Pada ketika ini, bilangan pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat yang dipusatkan di MAMPU telah melebihi 10,000 orang.

PENUTUP. Kami menyokong penuh dasar dan kemimpinan baharu kerajaan yang dilihat lebih proaktif memperkasa fungsi perkhidmatan awam ke arah pembangunan negara yang mapan. Kami yakin Malaysia Baharu memerlukan reformasi perkhidmatan awam yang holistik dengan memperkukuh fungsi IT Sektor Awam. Dengan usaha bersepadu kami yakin Wawasan 2025 untuk kembali meletakkan Malaysia di landasan negara maju bakal tercapai. https://goo.gl/UcfzSu

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon