Cybercafe, Pekara Yang Anda Perlu Dilakukan.

Nota kali ini dikongsikan bersama beberapa perkara yang anda perlu
lakukan sewaktu menggunakan kemudahan komputer di Cyber Cafe (CC).

Ramai mungkin sewaktu menggunakan Cybercafe tidak cuba untuk
melakukan beberapa perkara yang boleh lindungi data peribadi diri
anda. Data-data seperti nama pengguna (username) dan kata lepas
(password) bagi email, laman dan forum yang anda lawati dan sertai.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggunakan kemudahan
Market Score. Selain untuk melajukan capaian Interet, ia juga
bertujuan untuk melindungi jejak pelayaran di Internet.

Dengan kemudahan Market Score, sekurang-kurangnya capaian Internet
akan dilindungi dengan cara, hanya sambungan ke Market Score Sahaja
yang kelihatan tanpa mendedahkan destinasi sebenar.

Sebelum mencuba anda perlu menguji sendiri. Sila lawat sambungan
laman ini untuk menguji dahulu proxy Market Score sebelum anda
membuat sebarang keputusan. Dilaman ini nanti langkah-langkah
ujian Market Score akan ditunjuk ajar kepada anda.

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewtopic.php?t=547

http://mtusempoi.tripod.com/uji-marketscore.html

Anda boleh daftar terus di http://www.marketscore.com/

Mozilla menyediakan kemudahan menghentikan "Pop-up" dan juga
perisian email yang mampu mengasingkan email sampah (SPAM).

http://www.mozilla.org/

Kebanyakan CC menggunakan Internet Explorer, maka anda gunakan
"Alexa toolbar" atau "Google toolbar" untuk menghalang pop-up
yang selalu muncul daripada laman-laman yang dilawati. Toolbar
ini akan dipasang bersama Internet Explorer. Selepas pemasangan
anda perlu mulakan semula Internet Explorer untuk dapat melihat
Toolbar atau anda perlu memilih ia melalui View -> Toolbars

Alexa Toolbar di http://www.alexa.com/
Google Toolbar di http://www.google.com/

Kebanyakan laman memerlukan kita mendaftarkan diri dan alamat email
adalah wajid. Maka anda perlu menyediakan beberapa alamat email
tidak utama untuk memastikan jika berlaku SPAM, alamat email utama
anda tidak terjejas. Ada pelbagai laman menyediakan kemudahan email
percuma. Antaranya http://sempoi.mail.everyone.net/ .

Selepas penggunaan anda perlu kosongkan ruang cache, history dan
cookies perisian pelayar Internet anda.

Bagi Mozilla

Edit -> Preferences -> Navigator -> History -> Clear History
dan Clear Location Bar.

Untuk Cache

Edit -> Preferences -> Advanced -> Cache -> Clear Cache.

Mozilla juga menyediakan kemudahan Link Prefetching. Bermaksud
muka laman lain akan dicapai dahulu sewaktu anda sedang
membaca. Ini membantu capaian laman seterusnya lebih cepat.

Untuk Password

Edit -> Preferences -> Privacy And Security -> Passwords ->
Manage Stored Passwords -> Remove All.

Untuk Cookies,

Edit -> Preferences -> Privacy And Security -> Cookies ->
Manage Stored Cookies -> Remove All Cookies.

Untuk Internet Explorer.

Tools, bahagian General, klik butang delete cookies, delete files
dan clear history.

Ke bahagian Content. Pilih AutoComplete, pilih clear form dan
clear passwords.

Langkah-langkah diatas boleh melindungi anda dalam banyak perkara,
namun tidak semua dapat diatasi. Antaranya ada perisian yang merakam
setiap huruf yang ditekan di papan kunci yang dipanggil key logger.

Atas sebab peribadi, saya tidak membuat urusan kewangan melalui
komputer di CC. Walaupun laman kewangan telah memastikan semua
perkara keselamatan dituruti, miskipun langkah-langkah diatas
telah dibuat namun perisian imbasan dan perisian yang mengintai
ini adalah sukar dikesan dalam komputer yang kita gunakan.

Pilihan ditangan anda. Beberapa kemudahan anti-virus ada menyediakan
kemudahan mengesan perisian key logger dan perisian mengintai ini,
namun ia boleh diatasi. Sehingga perisian pengesan menjadi matang
maka anda perlu menjaga keselamatan capaian anda terutama melibatkan
urusan kewangan. Sama ada anda mendapat jaminan daripada CC atau
anda lakukan di komputer anda sendiri.

Bincangkan nota ini di MTU Sempoi http://www.mtusempoi.org/, Berita Dan
Maklumat IT atau sambungan terus di

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie


http://snurl.com/1t2w

XPDC Kenong 2003
http://www.mtusempoi.org/Kenong/

Jelajah Belantara Hijau

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra