Kerja-kerja Sukarela Yang Dilakukan Di Internet Malaysia

Kerja-kerja Sukarela Yang Dilakukan Di Internet Malaysia.


Laman ini di Internet http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/sukarela.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi anda yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan komuniti di Malaysia. Internet boleh menjadi medan anda untuk menyumbang walau pun daripada skrin komputer anda.

Terdapat pelbagai projek dan usaha yang memerlukan tenaga sukarela terutamanya daripada pengguna komputer dan Internet Malaysia. Berikut disenaraikan projek dan kempen yang memerlukan bantuan anda.

Usaha terjemahan antara muka (User Interface - UI) perisian sumber terbuka atau Open Source Software (http://altersoft.iscool.net/) memerlukan bantuan sukarelawan. Sukarelawan adalah terbuka kepada semua. Sama ada daripada golongan berpendidikan IT atau tidak ia tidak dpentingkan kerana
kerja-kerja penterjemahan adalah dibantu dengan perisian tertentu. Ia mudah dan anda akan dibantu oleh sukarelawan yang lebih berpengalaman.

Antara Projek yang anda boleh sertai dan sumbangkan tenaga dan masa.

_____________

Projek Munsyi
_____________

http://munsyi.sourceforge.net/

Pasukan Terjemahan Bahasa Melayu Translation Project

Penerangan Projek:
Projek Munsyi adalah laman web rasmi pasukan penterjemah Bahasa Melayu di Translation Project. Projek ini diasaskan
kerana tiadanya satu pasukan rasmi untuk Bahasa Melayu, dalam usaha menterjemah perisian, khasnya perisian GNU.

Ini adalah projek TERPENTING bagi seluruh projek penterjemahan. Pastikan setiap daripada kita mendaftarkan diri dalam Projek Munsyi ini.

Tidak kira apa jua peranan anda, keperluan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT perlu diusahakan dengan lebih bersungguh dan peranan yang dimainkan oleh Projek Munsyi ini, adalah begitu besar
sekali.

Tidak kira apa jua peranan anda. Sebagai penterjemah, pemeriksa, penjaga kualiti, pemerhati, pembetul maklumat, penyebar maklumat dan pelbagai lagi peranan. Kita sepatutnya berada di dalam projek ini untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT.

Setiap langkah perlu ada mulanya dan Projek Munsyi adalah mula kepada matlamat itu tadi. Daftarlah SEKARANG !!!.

_________________

Projek Singa Emas
_________________

http://oo-l10n-my.sourceforge.net/

Projek ini adalah usaha untuk menghasilkan UI untuk perisian Open Office. Open Office adalah perisian sumber terbuka yang bertujuan untuk menandingi Microsoft Office. Open Office adalah percuma dan anda sepatutnya mencubanya kerana ia setanding dengan MS Office. http://www.openoffice.org/

____________

Projek Gabai
____________


http://gabai.sourceforge.net/

Projek Gabai adalah satu projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk untuk GNOME, dan perisian GNU lain, tapi buat masa ini, GNOME adalah keutamaan.

GNOME adalah Windows Manager untuk X windows, Windows untuk Unix dan Linux. Satu perkara yang menarik jika kita mempunyai UI sistem operasi dalam bahasa Melayu.

Belajar Linux di MYSIG http://www.mysig.org.my/
_____________

Projek Meksom
_____________

http://ikhlas.com/meksom/

Projek Meksom adalah projek lokalisasi Bahasa Melayu untuk Mozilla. Di mana, Pengguna boleh melihat antaramuka pengguna (UI) Bahasa Melayu pada Pelayar Internet Mozilla. Mozilla http://www.mozilla.org/ adalah usaha komuniti Internet seluruh dunia untuk menghasilkan pelayar Internet atau browser setanding malah lebih baik daripada Internet Explorer. Sokonglah usaha ini dengan turut bersama dengan sukarelawan seluruh dunia dalam menghasilkan perisian yang percuma dan terbuka.

________________

Lain-lain Projek
________________


Laman http://l10n-my.tripod.com/ menyenaraikan projek-projek penterjemahan lain yang anda boleh ikuti dan sertai. Sila rujuk laman ini untuk perkembangan projek terbaru dan sambungan dan alamat email hubungan bagi anda yang berminat
untuk menyumbang dalam projek penterjemahan.

Kita boleh dan Malaysia Boleh.
http://www.geocities.com/projekmelayuboleh/

Bagi anda yang berminat untuk mencuba perisian sumber terbuka tetapi tidak berkesempatan untuk muat turun fail-fail perisian boleh membeli CD daripada Kedai ITtutor di http://www.ittutor.net/ atau sambungan terus http://kedai.itutor.net/ atau melalui Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) http://www.mysig.org.my/ melalui sambungan SEKRETARIAT.

_________________

Sumbangan Artikel
_________________

Usaha untuk menghasilkan artikel-artikel dan bahan-bahan komputer dan Internet dalam bahasa melayu turut dijalankan. bagi anda yang mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam Bidang IT, adalah digalakkan untuk menyumbang bahan. Bagi yang tidak dapat menulis atau menyumbang bahan boleh turut serta untuk memberikan komen dan pembetulan kepada artikel yang ada.

Laman-laman yang memerlukan bantuan anda :-

http://www.ittutor.net/ melalui sambungan "Artikel ITtutor".
http://www.mysig.org.my/ melalui sambungan "Sumbangan artikel"
http://mynuke.info/

Bidang-bidang lain juga sepatutnya turut mewujudkan laman-laman sebegini. Bukan IT boleh menulis pelbagai kepakaran yang boleh dikongsikan bersama di Internet. Jika anda baru dengan Internet dan cara mewujudkan laman rujuk nota ini

http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/membuatlaman.html dan Kempen Satulaman di http://www.geocities.com/satulaman

___________________

Menjawab Masalah IT
___________________

Melalui "Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia" http://kemsoit.cjb.net/ , para sukarelawan sama ada dalam bidang IT atau yang berpengalaman dalam menjawab masalah komputer dan Internet diperlukan untuk membantu menjawab pelbagai soalan yang ditimbulkan dalam Bahagian IT pelbagai forum di Internet.

Antara forum yang anda boleh sertai dan membantu menjawab soalan IT adalah

http://www.bincang.net/
http://www.ittutor.net/
http://www.mysig.org.my/
http://www.duniadigital.cjb.net/

Anda diperlukan kerana dengan penambahan pengguna komputer dan Internet Malaysia, satu rangkaian sokongan perlu diwujudkan secara sukarela dan percuma. Sama-sama membantu. Walaupun anda bukan daripada golongan IT anda masih boleh membantu kerana pengalaman menyelesai masalah komputer dan Internet yang anda ada dapat kongsikan bersama yang lain.

Malah kerja-kerja sukarelawan menjawab soalan bukan setakat kepada masalah komputer dan Internet malah bidang-bidang lain perlu diwujudkan rangkaian sokongan di Internet. Tambahan forum yang anda boleh sumbangkan

-http://www.bicaramuslim.com/
-http://www.shukur.com/
-http://mynuke.info/

______________

Kumpulan Pakar
______________

http://www.mysig.org.my/

Pertubuhan Pakar ICT Malaysia memerlukan tenaga pakar komputer dan Internet daripada pelbagai bidang kemahiran untuk membantu mengendalikan bengkel-bengkel yang MYSIG sedang dan akan dijalankan. Sumbangkan kepakaran anda untuk melahirkan golongan IT yang serba boleh dan mampu menyumbang kepada perkembangan ICT Malaysia. Daftarkan diri anda sebagai PANEL PAKAR.

Sukarelawan juga diperlukan untuk membantu pengendalian bengkel dan pengurusan dan pentadbiran MYSIG. Anda semua dijemput menjadi ahli MYSIG. Sama ada baru atau lama dalam IT, atau anda masih belajar IT, anda dijemput untuk menjadi AHLI MYSIG. Permohanan terbuka kepada semua dan ini memberikan anda peluang untuk mengikuti kursus dan bengkel yang dikendalikan oleh kumpulan Pakar dalam MYSIG.

----

Pelbagai kempen dan kerja-kerja sukarelawan boleh diwujudkan di Internet Malaysia. Melalui forum-forum dan kumpulan perbincangan yang wujud di Internet anda boleh wujudkan komuniti yang boleh menjadi tempat untuk menjalankan aktiviti sukarelawan.

http://www.mtusempoi.org/ melalui Bilik Bincang Aktiviti boleh dijadikan tempat untuk anda bermula untuk mewujudkan kerja-kerja sukarelawan. Antara yang boleh anda cadangkan adalah Kempen derma darah, rayuan Hari Pahlawan, melawat rumah anak yatim dan orang tua dan pelbagai akitiviti sukarela yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.

Sudahkah anda sertai MYSIG ?.
http://www.mysig.org.my/

Wassalam.

: )

---------------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum balas diterima.

Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya
mendapat email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email
sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).

[email protected]


atau melalui link ini

http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar email kosong kepada

[email protected]

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital
http://duniadigital.cjb.net/

Haris juga sering berada di Bincang Komputer http://www.mtusempoi.org/ dan http://www.ittutor.net/
dengan nama Internet hafnie.


The FREE service that prevents junk email http://hafnie.mailshell.com/

---------------

------- Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html

22 Aug 2002


The FREE service that prevents junk email http://hafnie.mailshell.com/

Panduan Daftar "Search Engine" Dan Membuat Laman

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sambungan atau link dibawah ini adalah panduan mudah dan ringkas untuk membuat laman.

Panduan Membuat Laman http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/membuatlaman.html

Panduan Daftar Laman ke enjin pencari atau search engine http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/daftar.html

Moga menjadi panduan.

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

Semalam dapat tahu PC didalam bilik operasi kena Nimda. Dalam hati, dok kata habis Haris.... PC didalam bilik tu ada bersambung dengan Linux melalui SAMBA.... Read write lagi. Salah satu applikasi windows failnya perlu disimpan didalam Linux. Asalnya hendak bagi senang operasi, dah jadi susah dah ni.

Cari dengan find /haris -name *.eml -print

Tension hampir 7000 fail eml dalam directory Linux. RED ALERT...RED ALERT.

Matikan semua sharing Windows pada semua PC operasi. Scan dengan Fix_nimda. Delete semua fail.... Mount SAMBA kepada PC yang bersih dan jalankan FIX_nimda untuk /haris tadi.....

Sekarang ni semua PC dilarang buat sharing dan semua Guest dalam NT disable atau delete terus..... XP pun sama.

Lepas ni kena bagi susah sikit. Pakai aje sftp... Haris taksakit kepala lagi...

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

DW buat hal semula. Pening kepala dibuatnya. Sudah buat hardware check. Tiada sebarang masalah tetapi user masih kata ada masalah dengan mount point /u04. Buat reboot dan buat fsck, tiada pula masalah dinyatakan. Apa lagi yang hal ni ?.

Satu lagi mesin lama dijalankan semula. Nasib baik ada back door. Siapapun tak ingat
password root.

Penat pula hari ini.

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

3 mesin baru masuk hari ini. Sebuah adalah HP-UX N-Class dan 2 biji Stratus Polo 429. Baru ingat bulan ini dapat rileksekejap lepas projek. Penat dibuatnya. Esok kena datang balik ke Menara untuk masukkan power dan periksa OS pula.

Sambungan LAN berjaya dilakukan kepada 100Mbps tetapi hanya half-duplex sahaja. Sedih gak. Apa boleh buat engineer Singapura tidak bagi ke full duplex kerana tidak mahu banyak collusion.

Script ada balasan di Bincang.net. Cadangan daripada root untuk gunakan md5sum. Insya Allah Haris dapatkan source code dan cuba compile dalam HP-UX.

Masalah yang tidak selesai lagi sekarang adalah sambungan DRA ke POLO 429 Flex. Apahal tah polo tidak nampak DRA. Sambungan cable ke ?. DRA ke ?. Salah config dalam HP ke ?. Harap vendor boleh selesaikan. Hari ini rasa penat sangat.

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

Hari ini kerja masuk lewat. Malam tadi kena migrane teruk. Pagi-pagi masuk bincang pasal hendak upgrade 2 mesin sambungan LAN daripada 10Mbps ke 100Mbps. Harapan script itu berjalan atau kami tidak ter "reboot" sistem esok.

Users selalu komplain telnet session selalu slow. Harap kes dengan DNS serupa dengan kes ini. Upgrade sambungan LAN terus OK.

Siapkan satu script untuk Mypenguin99. Harapan ada yang sudi bincang pasal script ini. Bagi yang berminat boleh lihat di link ini MyPenguin99

Ada arahan untuk kerja malam lagi. Mungkin malam Sabtu/Ahad ini. Kena cukup tidur ni. Ringkasan kerja belum dapat lagi.

Hari ini Bincang.net waktu pagi adalah masalah hendak dilawati. Malam ini nampak OK aje. Harapan server akan terus OK.

Projek Gabai sudah tengok dah. Insya Allah esok hendak luangkan masa untuk Gabai pula. Kesian ke Sebol, nanti merajuk pula dia.

Ada meeting petang tadi dalam soal network untuk menggunakan VLAN. Masalah yang timbul dan juga cadangan penggunaan Firewall untuk mesin-mesin dalam bilik mesin. Sekarang ini network masih flat network. Walaupun ada Firewall bagi sambungan Internet namun bahaya yang terbesar adalah datang daripada dalam. Penggunaan Firewall pun mungkin ada masalah. Terlalu banyak sambungan ke bilik mesin akan menyebabkan Firewall sesak. Hendak cuba tcpwrapper pada HP-UX. Itu pun kalau ada bagi HP.

Penampan baru telah dibina. lawat Penampan

Setakat ini sahaja.

Wassalam.

: )

Assalamualaikum,

Ini adalah catatan pertama Haris dalam menggunakan laman ini untuk mencatatkan pengalaman Haris sepanjang hari mengendalikan komputer dan Internet. Diharapkan catatan dan nota ini dapat dijadikan satu pengkongsian pengalaman untuk semua.

Wassalam.

http://hafnie.cjb.net/

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra