Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT

Saya panjangkan, daripada rakan-rakan ICT kepada yang lain. Atau baca di laman gesaan ini https://goo.gl/UcfzSu


Ringkasan, gesaan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jabatan IT Negara dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dan Ketua utamanya adalah daripada pegawai IT Kerajaan yang layak dan seterusnya  memusatkan sumber manusia IT kerajaan.

Dipanjangkan oleh Harisfazillah Jamel. 25 Nov 2018.
=========
Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon kawan-kawan sebarkan dan viralkan petition berkenaan skim perkhidmatan skim teknologi maklumat ini. Terima kasih.

PENGENALAN. Keputusan kabinet berkenaan perpindahan MAMPU ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui surat bertajuk Cadangan Rasionalisasi Struktur Jabatan Perdana Menteri bertarikh 28 Jun 2018 dilihat sebagai reformasi baharu ke arah meningkatkan daya saing Teknologi Maklumat (IT) Sektor Awam. Ia seiring dengan fungsi agensi berteraskan IT lain yang diletakkan di bawah KKMM seperti Suruhanjaya Komunikai dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Namun begitu, arahan bertarikh 12 Oktober 2018 untuk mengekalkan MAMPU kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui surat bertajuk Perakuan Pindaan Waran Perjawatan Berikutan Perubahan Semula Senarai Agensi di bawah Program Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tahun 2018, telah menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak.

Keputusan mengembalikan fungsi teras IT di bawah MAMPU dilihat tidak seiring dengan amalan terbaik negara maju seperti di United Kingdom melalui Government Digital Service, Australia melalui Digital Tranformation Office, Singapura melalui Govtech dan Korea Selatan melalui National Computing and Information Service. Prestasi perkhidmatan dalam talian negara tersebut dilihat lebih signifikan dan berdaya saing dengan meletakkan ICT sebagai satu entiti yang berautoriti bagi menjalankan aktiviti khusus berkaitan penyelidikan dan pembangunan khusus berkaitan ICT. Model ini seharusnya diadaptasi di Malaysia bagi memastikan prestasi perkhidmatan IT kerajaan yang lebih baik ke arah pembangunan yang mapan.

RESOLUSI. Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula keputusan ini dengan mempertimbangkan dua (2) resolusi utama yang didatangkan bersama petisyen ini iaitu:

#1 MENUBUHKAN JABATAN IT. Jabatan IT sebagai entiti yang berautoriti secara khusus dengan memberi fokus kepada reformasi pendigitalan penyampaian kerajaan meliputi aktiviti berkaitan penggubalan akta/dasar/polisi, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penguatkuasaan program di bawah Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2017 serta aktiviti berkaitan IT Sektor Awam. Jabatan IT juga berperanan penting bagi menyelaras aktiviti tersebut merentasi kementerian dan agensi. Menerui Jabatan IT, perkhidmatan dapat dikoordinasi dengan lebih baik serta mengatasi pertindanan dan birokrasi di antara agensi bagi mengembalikan semula tahap penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan dalam talian kerajaan.

#2 MELANTIK KETUA PERKHIDMATAN DARIPADA PROFESIONAL IT. Sektor IT kerajaan hendaklah diterajui oleh Ketua Perkhidmatan dari kalangan Pegawai Skim Teknologi Maklumat (F) dan dianggotai oleh pegawai profesional yang berpengetahuan di dalam bidang IT. Ia penting bagi memastikan keputusan dasar yang lebih tepat dan realistik seiring dengan tuntutan semasa rakyat dan perubahan pantas ekosistem perkhidmatan kerajaan serta memacu profesionalisma Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat. Pada ketika ini, bilangan pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat yang dipusatkan di MAMPU telah melebihi 10,000 orang.

PENUTUP. Kami menyokong penuh dasar dan kemimpinan baharu kerajaan yang dilihat lebih proaktif memperkasa fungsi perkhidmatan awam ke arah pembangunan negara yang mapan. Kami yakin Malaysia Baharu memerlukan reformasi perkhidmatan awam yang holistik dengan memperkukuh fungsi IT Sektor Awam. Dengan usaha bersepadu kami yakin Wawasan 2025 untuk kembali meletakkan Malaysia di landasan negara maju bakal tercapai. https://goo.gl/UcfzSu

SongketMail Sdn Bhd (1243508-A), An ICT Service Delivery and Operation (ISDO) Company

SongketMail Sdn Bhd (1243508-A), An ICT Service Delivery and Operation (ISDO) Company


SongketMail Sdn Bhd (1243508-A) is an Information Technology systems Integrator and Open Source Software consulting. SongketMail is focusing on ICT Service Delivery and Operation (ISDO), ICT Security related to ISDO, Data Center Agility and Cloud Computing base on Open Source Software and solution. We enable our customers based in the Government, Education and Private sectors to deliver agility, secure and success in their cloud computing, DevOps automation, and Open Source Software related projects.


SongketMail

019-6085482 (Harisfazillah Jamel / LinuxMalaysia)




Catatan Pertama Haris Di Blogspot

Assalamualaikum,

Ini adalah catatan pertama Haris dalam menggunakan laman ini untuk mencatatkan pengalaman Haris sepanjang hari mengendalikan komputer dan Internet. Diharapkan catatan dan nota ini dapat dijadikan satu pengkongsian pengalaman untuk semua.

Wassalam.


http:// hafnie .cjb .net /


=== Dibawah adalah nota untuk kemasan pada 7 Jan 2018 ===

Ini adalah catatan pertama dalam Blog ini. Sekadar hendak kemaskan link cjb dot net agar link dimatikan. CJB sudah tiada lagi sebagai fowading URL.

Tarikh sebelum update URL ini

08/01/2002 20:36 MYT. Tidak pasti Jan atau Ogos. :-) Bila tekan Publish On rupanya 8 Januari 2002. Tukarkan Published on kepada automatik untuk jadikan post lepas kemas kini ke depan post dan gunakan tarikh sekarang.

Bagi yang berminat dengan Google Shortner URL ini adalah contoh untuk link blog post ini

https://goo.gl/3JSTSL

Atau buat untuk anda sendiri  di 
https://goo.gl/

Persediaan Docker Production Ubuntu 16.04 Untuk Storage Driver Overlay2

Persediaan Docker Production Ubuntu 16.04 Untuk Storage Driver Overlay2

Tujuan :-

Untuk menggunakan partition berasingan untuk /var/lib/docker dan Overlay2 sebagai Storage Driver.

Pastikan :-

Hanya lakukan pada pemasangan docker CE yang baru sahaja.
Pastikan dahulu partition hardisk baru telah dibuat.


1) sudo fdisk /dev/vdb

create vdb1

n p w

(vdb adalah volume dalam OpenStack)
(akan berbeza bagi setiap sistem)


2) Buat fail sistem xfs (system file creation)

sudo mkfs.xfs /dev/vdb1


3) labelkan (filesystem label)

sudo xfs_admin -L dockerstore /dev/vdb1


4) Hentikan docker

sudo systemctl stop docker



5) Buat backup directory /var/lib/docker

sudo cp -au /var/lib/docker /var/lib/docker.bk



6) delete isinya

rm -rf /var/lib/docker/*

(hati-hati dengan * star - jangan ada ruang)
(disengajakan tiada sudo. Sila tambah)


7) Masukkan dalam /etc/fstab

LABEL=dockerstore /var/lib/docker        xfs    defaults        0 0


8) mount filesystem tersebut

sudo mount /var/lib/docker


9) Periksa dengan  sudo df -h


Contoh hasil :-

/dev/vdb1       1.0T   33M  1.0T   1% /var/lib/docker


10) Periksa overlay2 adalah default storage driver dengan arahan (Hanya disokong dalam kernel Linux versi 4.0 dan keatas)

docker info

Hasil output yang dicari adalah

Storage Driver: overlay2


11) Edit fail

/etc/docker/daemon.json

Isinya

{
  "storage-driver": "overlay2"
}


12) Mulakan docker

sudo systemctl start docker


13) Periksa isi /var/lib/docker pastikan ada isinya

root@ranchernode1:~# ls /var/lib/docker
builder  containerd  containers  image  network  overlay2  plugins  runtimes  swarm  tmp  trust  volumes

14) docker info

Output yang dicari

Storage Driver: overlay2
 Backing Filesystem: xfs


15) Periksa juga /var/lib/docker/overlay2 selepas download container


16) Untuk memudahkan pembesaran saiz partition, boleh gunakan LVM. Pastikan gunakan GPT untuk harddisk lebih 2TB


Rujukan :-


https://docs.docker.com/engine/userguide/storagedriver/overlayfs-driver/#configure-docker-with-the-overlay-or-overlay2-storage-driver

https://liquidstate.net/using-disk-labels/

https://www.cyberciti.biz/tips/fdisk-unable-to-create-partition-greater-2tb.html

https://www.digitalocean.com/community/tutorials/how-to-install-and-use-docker-on-ubuntu-16-04


Nota oleh : Harisfazillah Jamel

[email protected]

5 Jan 2018

PS. Bagi Redhat / Centos 7 dan Fedora arahan yang digunakan adalah :-

container-storage-setup

Dan dengan Storage driver devicemapper

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon