Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009



Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009) adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software (OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

MSC Malaysia OSCONF 2009 akan berlangsung di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan diadakan selama 4 hari bermula dari 31 Mei hingga 3 Jun 2009.

Laman Web Rasmi
http://www.mscmalaysia.my/osconf

Pendaftaran dan untuk mendapatkan surat jemputan boleh dibuat melalui laman web, email atau telepon

En. Rafe Azsnal [email protected] (019-2663835)
MSC Malaysia Client Contact Centre [email protected] (1-800-88-8338)

MSC Malaysia OSCONF 2009 dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh MAMPU dan MOSTI.

Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN, TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.

MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia.

Laman Web Sokongan oleh komuniti OSS

http://www.mscoscon.my/

MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah dalam dan luar negeri meliputi pelbagai tajuk dan bidang dalam ICT. Antaranya, Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing" Google, Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari Mozilla Corporation, komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris, OpenSuse dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali sistem-sistem operasi matang dalam dunia OSS.

Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian, penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua projek Adempire ERP, Azril Nazli Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Ambil kesempatan ini untuk mempelajari banyak perkara daripada mereka.

OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.

*** Hari Hackathon ***

Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Masuk adalah percuma pada hari Ahad 31 Mei 2009. Jemputlah datang beramai-ramai.

Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.

Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan. Dalam sesi ini satu hackathon untuk menyediakan perisian pemasangan Adempire ERP dalam Windows akan dipertandingkan.

Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh dirujuk disini.

http://www.lamp2win.com/

Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse, Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan dipasang dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam komuniti-komuniti.

Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS boleh datang dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web dicerobohi dan cara melindunginya.

RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah terhad.
http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507

Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT. Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.

Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma kepada umum, maka jemputlah datang beramai-ramai.

Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Sertai MSC Malaysia Open Source Group di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

dan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Facebook page
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651


Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon