Sebelum Cahaya
Susah hendak digambar bagaimana perasaan diri ini, apabila dalam keadaan sendirian, timbullah perasaan ini, perasaan bahawa, perjalanan hidup ini bagaikan tiada hujung, bagai terowong gelap gelita tiada nampaknya hujung.
Akan datang cinta daripada insan yang juga mempunyai perasaan yang sama kepada kita. Maka insan itu berada dihujung terowong gelap itu. Bagai menjadi petunjuk perjalanan yang baru.
Sebelum hadirnya cahaya itu, hidup kita ini bagai tiada makna. Hari-hari yang berlalu bagai tiada erti. Bangun dan tidur sama sahaja. Kasih sayang bagai hilang dalam gelap perjalanan.
Sebelum datang cahaya, perjalanan hidup bagai meraba-raba tanpa pedoman yang jelas. Dalam gelap mencari.
Maka kaulah cahayaku itu. Memberikan ku semangat baru. Melimpahku dengan rasa rindu yang tidak dapat diertikan dengan sebarang kata-kata puisi dan puitis. Dirimu membuat ku bangun dalam kegelapan. Miskipun meraba dan jatuh bangun. Namun keyakinan cahaya dihujung terowong perjalanan gelapku membuat aku terus melangkah.
Selalunya aku jatuh, namun aku tetap bangun. Adakala aku merintih sakit kerana perjalanan gelapku ini, namun kerana cahayamu dan cinta kepadamu kuturuskan perjalanan daripada merangkak, ku kini berjalan dan bakal ku berlari ke arah cahayaku.
Kerana sebelum cahaya, aku tidak pernah ada rasa keyakinan bahagia begini.
Kerana sebelum cahaya, aku tidak pernah yakin dengan apa yang kulakukan.
Kerana sebelum cahaya, aku hilang rasa yakin terhadap cinta dan bahagia yang dibawanya.
Kerana datangnya cahayamu, aku ada mimpi yang indah yang inginku mimpikan.
Kerana datangnya cahayamu, aku ada impian indah yang inginku capai.
Walaupun berjalan ini jauh, namun setiap langkah yang kubuat dan setiap hari yang berlalu, menambahkan lagi perasaan bahawa cahayaku itu, pastikan akan membahagiakan aku sepanjang perjalanan hidupku.
dan percayalah, aku tidak akan membiarkan perjalananmu sendiri. Perjalanan sunyiku sendiri tidak lagi rasa sunyi dengan hadirnya dirimu.
Lirik lagu "Sebelum Pagi" adalah untukku kerana ku percaya walaupun pada masa dulu, hati ini bertarabur hancur, miskipun cinta pada masa itu tiada makna pasti, miskipun perjalanan yang bakal kutumpuh itu pada mulanya sendiri.
Kekuatan cinta padamu kini yang tumbuh menjadi kekuatan diriku.
Embun pagi yang menjadi temanku sebelum muncul cahaya cintamu dan angin rindumu bagai menghembus mesra. Membelai ku sepanjang masa, setiap ketika.
dan aku tidak mengharapkan padamu apa-apa melainkan... Cahayamu
kerana dirimu adalah cahayaku. Cahaya surgaku.
---
Sebelum Cahaya - Letto
Ku teringat, hati,
Yang bertabur, mimpi,
Kemana kau pergi, cinta
Perjalanan sunyi,
Yang kau tempuh sendiri,
Kuatkanlah hati, cinta
Ingatkan engkau kepada,
Embun pagi bersahaja,
Yang menemani mu,
Sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada,
Angin yang berhembus mesra,
Yang 'kan membelai mu, cinta
Kekuatan, hati,
Yang berpegang, janji,
Genggamlah tangan ku, cinta
Ku tak akan pergi,
Meninggalkan mu sendiri,
Temani hati mu cinta
kan membelai mu, cinta
---
Sebelum Cahaya di Youtube.com