MSC Malaysia Open Source Week
Kandungan Email ini adalah email saya kepada komuniti Ubuntu Malaysia.
Perkara yang ingin saya sampaikan adalah berkaitan dengan MSC Malaysia Open Source Week dijangkakan pada awal Jun 2009.
Ini adalah email peribadi tiada kaitan dengan MDeC atau mana-mana pihak.
Rujukan lain
Rafe MDeC respond
6 Mar 2009.
----
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam faham tu biasa dalam komuniti online begini. Kita perbetulkan sebarang salah faham dan commit kepada matlamat. Komuniti kita ni kecil aje. Apa pun saya bangga dengan usaha rakan rakan dalam komuniti ini. Old guy like me dah lama tak aktif dan harapan kepada generasi baru dan muda untuk teruskan usaha OSS.
Berkaitan juga dengan aktiviti-aktiviti dengan Universiti. Jika ada kesungguhan kalian semua, saya boleh panjangkan kepada rakan-rakan kita di universiti-universiti. Biasanya aktiviti-aktiviti begini disokong, hanya perlu komitment.
Berkaitan dengan MSC Malaysia Open Source Week yang akan diadakan pada awal Jun 2009 bertempat di Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Ia adalah anjuran MDeC dalam mempromosikan OSS Malaysia kepada dunia.
Pihak MDeC akan sediakan tempat, publisiti, logistik, makan minum peserta, meyediakan event organizer dan perkara-perkara administration. Amanah yang kita perlu pegang adalah untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk track "Developers".
Track lain adalah "CIO dan CTO" dan FOSS.my.
Berat kerana ia melibatkan akitiviti-aktiviti untuk 3 hari. MDeC secara sukarela menyediakan perkara-perkara diatas, maka kita secara sukarela melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menaikkan komuniti OSS Malaysia di mata dunia.
Track "Developers" juga melibatkan kerja sama dengan OSDC.au dimana MDeC akan usahakan rangkaian hubungan untuk menjemput developers luar untuk turut datang ke Malaysia. Detail MDeC akan jelaskan dalam masa 2 minggu. MDeC sedang usaha perkara-perkara kelulusan pengurusan dan pihak-pihak lain yang terlibat.
Akan tetapi, tidak ramai yang dapat dibawah kesini. Mungkin 5 orang. Jadi slot-slot yang lain (banyak tu) perlu dipenuhi oleh komuniti-komuniti Malaysia.
3 hari yang dicadangkan akan melibatkan pelbagai komuniti-komuniti OSS Malaysia. Jadi tidak beban kepada satu komuniti untuk 3 hari. Kita perlu menyediakan "satu cara perbincangan" untuk memudahkan hubungan antara komuniti dan penyelarasan. Sama ada melalui komiti pasukan kerja yang dilantik atau individu atau organisasi sebagai "protem" kepada semua.
Tetapi Ubuntu Malaysia perlu membentuk pasukan kerja dan AJK yang sendiri.
Oleh kerana kita dijemput untuk terlibat dalam track "Developers" maka aktiviti-akitiviti dapatlah disesuaikan dengan developers. Sebagai contoh :-
(1) Projek Terjemahan
(2) Cara untuk membuat bug reports
(3) Packaging
tetapi tidak perlulah kita terikat sangat dengan perkara "Developers".
Panjang saya menulis, saya buka kepada komen dan perbincangan. Ini peluang kepada Ubuntu Malaysia untuk bekerja sama dan menjayakan sesuatu.
dan untuk pengetahuan semua. Tahun ini adalah ulang tahun ke 10 rakan-rakan OSS Mypenguin99 bergerak dalam kumpulan OSS. Bermula dengan server mailing list tumpang di TV3 pada waktu itu sehingga berpindah ke MyPenguin99 Yahoogroups dan tidak lupa forum ITtutor.net pun.
Wassalam.
: )
Harisfazillah Jamel