Latihan Konsep Cluster Dalam Dunia Open Source
Kenapa perlu Cluster?
Cluster adalah bertujuan menggabungkan perkakasan atau sistem operasi atau perisian bagi mencapai perkara-perkara berikut :-
1. Kestabilan (Perkhidmatan tanpa henti 24x7)
2. Prestasi (Guna sama CPU, memori dan ruang cakera keras)
3. Keselamatan (Backup dan Redundancy)
Jenis-jenis Cluster
1. Perkakasan
2. Perisian
Cluster perkakasan adalah gabungan dua atau lebih perkakasan bagi membentuk gabungan sistem komputer yang berkongsi sumber seperti CPU, memori,network dan ruang cakera keras. Contoh perisian-perisian untuk tujuan ini adalah Proxmox dan OpenStack.
Cluster perisian adalah perisian yang mempunyai fungsi clusters bina dalam tanpa perlu melalui sistem operasi.
Perkara penting bagi Cluster adalah capaian Network yang baik dan laju.
Tujuan Latihan
Memperkenalkan perisian-perisian sumber terbuka yang boleh digunakan bagi membentuk sistem cluster yang stabil, selamat dan berprestasi tinggi.
Peringkat Pelaksanaan
A. Sistem Operasi (OS)
Penggunaan Promox sebagai base OS bagi contoh pelaksanaan clusters.
1. Proxmox
2. OpenStack (Demo)
B. Files System
1. Glusterfs
i. Glusterfs
C. Pangkalan Data
1. MariaDB
i. Galera Clusters
D. Perisian Web
1. HAProxy
* http://www.haproxy.org
2. Nginx + Varnish
* Nginx http://nginx.org
* Varnish https://www.varnish-cache.org
E. Perisian sokongan untuk Cluster
1. Rsync
2. FUSE SSH
3. Ganglia
Disediakan oleh :-
Harisfazillah Jamel
23 Ogos 2015 (V 1)
Google Doc share link
Cluster Dalam Dunia Open Source
WHO AM I - LinuxMalaysia I'm a technical guy by heart, an ICT security by hobby and a Project Manager by profession. I love Linux and Open Source Software. #linuxmy