Assalamualaikum,
Aku sedang mengumpulkan semua rangkain hubungan aku dalam Ryze di http://www.ryze.com/ . Diharapkan ia akan memudahkan sesiapa yang mencari aku dan juga aku untuk berhubung dengan sesiapa. Selalu sangat aku kehilangan nombor rakan-rakan dan hubungan. Ada Palm selalu lupa hendak "charge", lepas tu bateri habis lupa hendak "sync", habis data hilang. Tulis pula selalu lupa letakkan diari dimana. Harap laman Ryze ini boleh membantu.
Jadi kepada sesiapa yang kenal Harisfazillah Jamel atau LinuxMalaysia atau Hafnie melalui Linux atau apa jua kaitan dengan Linux diharapkan dapat sertai rangkaian hubungan LinuxMalaysia melalui sambungan http://www.ryze.com/go/linuxmalaysia . Lawat sambungan disana dan baca langkah-langkah bagaimana untuk sertai.
Kepada rakan-rakan daripada MTU Sempoi dapatlah bersama dengan rangkaian hubungan MTU Sempoi di http://www.ryze.com/go/mtusempoi . Disana juga turut ditulis langkah-langkah yang perlu diambil untuk sertai Ryze.
Harap semua sudi untuk sertai.
Wassalam.
: )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama sungguh tidak kemas kini blog aku ini. Sedang sibuk menyiapkan dua projek tapak laman yang melibatkan penggunaan Oscommerce. Fungsi-fungsi tambahan perlu dibuat dan pertukaran beberapa fail supaya ia sesuai dengan maksud tapak laman. Perkara penting sudah diselesaikan. Sudah boleh serahkan kepada pelanggan untuk maklum balas dan penambahan kecil daripada segi grafik dan data.
Sesiapa yang berminat hendak tengok tapak laman yang kami bangunkan silalah lawat laman http://www.trainingplanner.com.my/ dan http://www.nota.com.my/. Aku setakat perkara ternikal yang lain melibatkan kerjasama kumpulan. Terima kasih semua.
Wassalam.
:)
Assalamualaikum,
Akhirnya kami berjaya menyiapkan sebuah lagi tapak laman di http://www.nota.com.my/ . Untuk memasang perisian Oscommerce memang mudah kerana ia mempunyai fungsi pemasangan melalui web. Yang diperlukan adalah sebuah tapak laman dengan Apache dan php dan pangkalan data Mysql.
Yang teruk adalah memasukkan data dan pengisian. Itu aku mengalah. Aku serahkan kepada rakanku. Untuk kod dan setup aku mampu lagi tetapi untuk mengarang ayat menjadi masalah. Begitu juga soal design aku serahkan kepada yang pakar.
Ada satu lagi site menunggu.
Wassalam.
: )

