Soalan saya mudah sahaja untuk rakan-rakan dan sahabat-sahabat fikirkan untuk kita sampaikan kepada rakan-rakan yang lain.
Apabila kita sudah membuat pilihan. Menggunakan aplikasi sumber terbuka (OSS), muat turun dengan sendiri, pasangkan ia tanpa bantuan vendor atau syarikat melainkan belajar melalui rakan-rakan dan kawan-kawan dan juga daripada pusat yang juga milik kerajaan bagi sumber terbuka (OSS).
Adakah kita ini berpihak kepada satu vendor?
Adakah membuat pilihan untuk melakukan sendiri juga berpihak kepada satu vendor?
Adakah dengan tidak membeli apa-apa lesen dan berusaha sendiri berpihak kepada satu vendor?
Adakah membuang sebuah aplikasi atas dasar kita rasa perlu membuangnya pun dikatakan berpihak kepada sebuah vendor?
Yang saya marah, pilihan dibuat atas dasar untuk tidak bergantung kepada vendor. Para pegawai kerajaan berusaha sendiri mewujudkan budaya tidak bergantung kepada vendor dengan muat turun aplikasi sendiri, melaksanakan sokongan sendiri tanpa bantuan vendor. Pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi tujuan OSS hanya mampu membantu setakat memberi latihan dan tunjuk ajar apa yang perlu dilakukan.
Atas dasar mewujudkan kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai kepada para pegawai kerajaan.
Sekarang, mari kita jawab soalan ini pula. Apabila para pegawai-pegawai kerajaan kita sudah bergerak ke arah, usaha sendiri dengan menggunakan aplikasi yang pelbagai, dengan pilihan hasil perbincangan dan pengkongsian diantara para pegawai dan keputusan mereka adalah lebih kepada sumber terbuka disebabkan mudah, murah dan senang dipelajari. Adakah mereka menyokong vendor?
Sedangkan mereka membuat semuanya sendiri bagi tujuan meningkatkan ilmu, kemahiran dan menjimatkan kos.
Fikir-fikirkanlah....
Hanya pandangan peribadi ....