Apabila Membuat Pilihan Dipersoalkan

Apabila Membuat Pilihan Dipersoalkan

Ada yang sebuah syarikat ICT yang kononnya mempunyai satu lagi standard bagi satu perkara adalah satu pilihan kepada pengguna. Sedangkan pengguna, mana-mana pengguna juga faham, standard, mempunyai standard bermaksud kita telah membuat pilihan, membuat satu pilihan daripada pelbagai pilihan yang terbaik untuk pengguna.

Wakil mereka di Malaysia dalam satu muka surat sebuah akhbar menyatakan, kejayaan mereka mendapatkan iktiraf standard bagi satu format adalah satu pilihan kepada pengguna. Teruskan membaca, apabila membuat pilihan bukan kehendak mereka, adalah bukan pilihan mereka.

Lalu sebuah agensi dalam kerajaan Malaysia telah membuat pilihan. Membuat pilihan bukan dalam kehendak syarikat ICT tersebut. Pilihan setelah panjang membuat penilaian. Pilihan atas dasar untuk memberi sokongan dan pilihan kepada agensi-agensi lain. Pilihan yang dibuat atas kehendak sendiri tanpa tekanan mana-mana pihak. Pilihan yang dipesetujui diperingkat pengurusan tertinggi hinggalah ke peringkat bawahan.

Sekarang timbul isu, syarikat ICT itu tidak senang dengan pilihan yang dibuat oleh agensi itu. Mereka merasakan agensi ini mahu menentukan dasar yang keras terhadap pilihan yang telah dibuat. Oh ya betul, mereka tidak senang dengan pilihan yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan Malaysia dan mula menjalankan kerja-kerja melobi untuk memaksa agensi ini, menurunkan maksud polisi penggunaan standard yang telah dibuat oleh agensi ini.

Polisi yang telah disusun, dibincang dengan panjang lebar dan diluluskan dalam pengurusan tertinggi agensi ini mahu diubah oleh syarikat ICT tersebut kerana ia tidak menepati pilihan yang kehendak mereka. Bahawa diingatkan polisi ini adalah khusus hanya untuk agensi ini supaya memudahkan pelaksanaan atas satu standard. Itu maksud tujuan standard, memudahkan pelaksanaan kepada satu pilihan.

Yang buat saya marah, adalah teknik yang saya panggil, kilas tangan dengan kasar memaksa agensi ini tukarkan polisi agensi ini. Ya memaksa, walau apa pun cara yang digunakan, bagi saya ia masih panggil ia memaksa, agensi ini tukarkan polisi dari segi pelaksanaan.

Bagi saya, campur tangan dalam urusan sebuah agensi kerajaan Malaysia terutama melibatkan polisi, dan nyata sekali polisi ini adalah untuk penggunaan agensi tersebut oleh sebuah syarikat luar negara merupa satu campur tangan asing... Sebuah bentuk penjajahan ...

Siapa mereka untuk tentukan dasar dan pentadbiran sebuah negara. Saya sebagai rakyat Malaysia cukup marah dengan campur tangan sebegini. Perkara ini telah lama diperhatikan sejak daripada melobi penerimaan standard yang kononnya adalah satu pilihan.

Saya tidak akan duduk diam dengan bentuk penjajahan cara baru ini. Saya tidak akan berhenti menulis dan berkempen untuk mendedahkan apa jua yang dilakukan oleh syarikat ICT ini untuk terus memaksa penggunaan produk mereka.

Banyak sudah duit rakyat, duit rakyat mengalir keluar daripada Malaysia, hanya untuk pembayaran lesen. Pembayaran hanya atas kertas, tiada hasil kepada kita rakyat Malaysia, hanya menjadikan syarikat luar negara atau individu luar negara lagi kaya.

Sedangkan duit yang berjuta-juta itu boleh dialirkan kepada industri ICT negara kita dalam bentuk pelaksanaan sistem sokongan, penyelidikan dan pelaksanaan kepada aplikasi sumber terbuka atau Open Source Software.

Mengapa perlu kayakan orang lain sedangkan rakyat ini yang membayar cukai tersebut perlu lihat sahaja duit itu keluarkan. Sedang sudah ada pilihan, pilihan yang setelah dikaji, boleh mendatangkan faedah yang banyak kepada rakyat Malaysia.

Polisi dan dasar sudah ada. Mengapa tidak sokong? Soalan yang hendak tanya kepada ahli-ahli politik negara kita ...

Apa yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi, akan tetapi saya mahu ia dipandang serius oleh banyak pihak. Lama mana kita mahu dijajah ... ???

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon