Janji Sudah Ditabur Masa Untuk Dikota - People Power

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pilihanraya yang ke 12 merupakan satu sejarah. Rakyat Malaysia bersuara untuk perubahan. Perubahan yang dikehendaki begitu besar sekali. Sebagai rakyat Malaysia yang telah mengundi. Inilah masa kami menuntut kepada pemimpin yang telah kami pilih.

Tidak kira apa parti, tidak kira siapa yang memimpin, wujudkan kerja sama antara parti sama ada majoriti atau pembangkang agar kami semua mendapat manfaatnya. Kami tidak mahu melihat Dewan rakyat dan dewan negeri dibuang masa dengan perkara-perkara remeh-temeh.

Gubal undang-undang yang manfaat bagi semua. Amalkan dasar politik yang tidak mengenal bangsa dan agama. Anda semua adalah sama. Anda semua adalah pemimpin kepada rakyat. Yang dipilih oleh rakyat. Harapan kami besar. Impian kami besar. Mahu melihat Malaysia yang aman makmur adil bersih.

Kami telah memilih siapa yang kami fikir boleh bekerja untuk rakyat. Jangan lagi tidak melawat kawasan, jangan tinggalkan kami untuk 4 tahun baru hendak pilihan raya baru hendak datang melawat.

Do you jobs or we will do ours in 5 years from now.

Jentera kerajaan dan kakitangan kerajaan perlu dijaga dengan baik. Mereka yang sebenarnya bekerja untuk kami rakyat. Jaga kepentingan mereka, jangan campur tangan urusan kerja mereka, jangan sesekali ANAIYA mereka. Let them do there work or we will do ours.

Secara peribadi saya mahu melihat pasukan polis diperkuatkan. Kakitangan ditambah, kemudahan untuk mereka diperbaiki dan ditambah, latihan yang lebih baik kepada pihak polis dan yang paling penting insentif yang lebih. Apabila pihak polis tiada perlu memikir masalah-masalah dalaman seperti kekurangan anggota, kekurangan kelengkapan dan sebagainya. Saya percaya pihak polis akan menjalankan kerja dengan lebih baik.

Buat penganalisa politik yang mungkin rasa keliru dengan keputusan sekarang. Jawapan mudah sahaja. Rakyat hanya mahu kata dikota, mereka yang betul-betul bekerja untuk rakyat. Undi sekarang disesetengah tempat adalah dari generasi baru. Generasi selepas merdeka. Kami tidak pilih parti. Kami pilih siapa yang boleh bekerja untuk rakyat, yang betul-betul menjaga kawasannya. Kami tidak mahu mendengar lagi cakap-cakap kosong. We want results. Anda semua ada KPI yang perlu dipenuhi untuk diperiksa oleh rakyat.

Kepada yang menang tahniah. Kepada yang kalah, anda masih lagi ada tanggung jawab kepada penyokong-penyokong anda yang juga rakyat Malaysia. Sama-samalah bekerja sama. Anda semua pemimpin kami sama ada menang atau kalah. Sama-sama berkerja sama, sama-sama berusaha untuk memenuhi janji kepada rakyat. We want results.

Mari kita jadikan Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang. Ke arah wawasan 2020.

Untuk kita semua rakyat Malaysia.

Kepada yang belum mendaftar dan kepada yang tidak mengundi, anda semua sudah rugi untuk menentukan wakil dan kerajaan yang akan membawa kita ke masa hadapan. Luangkan masa untuk mendaftar dan the next election luangkan masa untuk mengundi. People Power in Malaysia. In it's own way. Aman, bersih dan pasti.

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku Nginx nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenSSH OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof SSH Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon