Linux : Lupa root Password

Apa yang boleh dilakukan jika terlupa katalaluan untuk root? Linux perlu dibawa ke "Linux Single" atau dipanggil sebagai keadaan untuk penyelanggaraan (init 1). Dalam "Linux Single", Linux akan dibawa kepada keadaan yang paling minimun dimana pengguna akan diberikan shell dengan keupayaan root. Dengan keupayaan ini katalaluan untuk root boleh tukar.


Untuk ke "Linux Single", Linux perlu reboot sehingga mendapat menu pilihan boot loader.


Untuk Grub (Contoh distribusi RedHat dan Fedora)

1. Sewaktu dalan skrin Grub, dalam pemilihan sistem operasi, tekan
kunci e (untuk edit)

2. Terdapat senarai pemilihan dan buat pilihan yang bermula dengan
kernel. Taip e pada baris ini

3. Pada hujung baris ini (hati-hati jangan terubah yang lain) taipkan
linux single

4. Tekan kunci enter untuk keluar daripada mod edit

5. Selepas kembali ke menu Grub taip b untuk boot ke Linux Single


Untuk LILO (Contoh Distribusi Mandrake)

1. Tekan kunci CTRL dan x untuk keluar daripada skrin grafik LILO dan
mendapatkan prompt LILO boot:

2. Taip linux single pada prompt LILO boot:

Selepas mendapatkan prompt shell jalankan arahan passwd root untuk tukarkan katalaluan root. Taip arahan shutdown -r untuk reboot Linux.


Sebagai langkah keselamatan

1. Pastikan komputer berada di tempat yang selamat dan berkunci.

2. Buat pilihan untuk sama ada untuk meletakkan katalaluan pada BIOS
atau boot loader atau kedua-duanya. Pastikan katalaluan tidak
dilupa. Jika perlu untuk direkod, pastikan katalaluan disimpan di
dalam peti keselamatan.

3. Buat "rescue disk" dan simpan di dalam peti simpanan keselamatan.
Labelkan dengan nama komputer dan tarikh ia dibuat.


Amalkan langkah keselamatan yang baik untuk melindungi data dan maklumat di dalam komputer. Sebarang masalah sila rujuk di forum IT Malaysia di

http://www.ittutor.net/
http://www.mysig.org.my/
http://www.mtusempoi.com/

Harisfazillah Bin Jamel
linuxmalaysia
hafnie
V 1.0 29JUN2004
v 1.1 09JUL2004 - katalaluan

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

http://www.geocities.com/linuxmalaysia
http://hafnie.blogspot.com/

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku Nginx nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenSSH OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof SSH Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon