Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hari terakhir aku bertugas di tempat kerja yang hampir 13 tahun aku disini. Sebenarnya pada 12 Sep 2004 ini genab 13 tahun aku bersama teempat kerja ku ini. Sedih pun ada dan rasa semangat baru untuk mulakan kerja baru sebagai "Freelance" pun ada.

13 tahun aku disini, pelbagai perkara aku pelajari. Daripada awal hanya sebagai operator komputer menjaga mainframe hinggalah menjadi ketua dalam kumpulan shift sebelum menjadi kodinasi DRP hinggalah ke jawatan yang sesuai dengan jiwaku sokongan teknikal.

Lebih 6 tahun aku menjadi pegawai teknikal daripada pengalaman dengan mainframe NCR dengan VMS, dos 5.0 hinggalah 6,2, windows 3.0 hinggalah 3.11 dan melihat kelahiran Windows95, menguasai Windows NT dan kemudian Windows 2000, DEC dan vax, IBM daripada white box hingga ke black box, Unix System V hinggalah ke FTX yang hampir menyerupai System V dan kemudian datang pula HP-UX daripada versi 10.20 hinggalah ke 11i. Jangan lupa bermain dengan SUN Solaris 8 dan juga kadang-kadang AIX.

Sudah tentunya Linux, daripada Linux Mandrake versi 6 hinggalah ke versi 10. Melihat Mandrake menghadapi masalah kewangan hinggalah bebas semula menjadi syarikat yang pulih daripada masalah.

Daripada tugasan sokongan teknikal menghasilkan pelbagai perkara, terutama RDF. Gabungan shell script dengan Apache web server yang membolehkan cawangan seluruh negara mendapatkan laporan daripada pusat tanpa perlu laporan dihantar melalui pos atau fax. Idea daripada orang lama hanya shell script mudah dan ftp server dan kemudian aku kembangkan idea itu menjadi perisian gabungan utama pelbagai guna untuk semua cawangan dan jabatan.

Belum lagi pengalaman migrasi pelbagai server NCR mainframe kepada FTX Unix, FTX Unix kepada HP-UX versi 11 dan kemudiannya versi 11i. Pelbagai perkakas daripada Mainframe melihat perkembangan perkakas itu sendiri. Cakera keras yang sebesar beg galas dan beras yang memerlukan 2 orang untuk mengangkat kepada cakera keras yang terlalu kecil.

Daripada server yang asyik sahaja masalah perkakas kepada perkakas komputer dengan "fault tolerance" 99 point 9999 percent. Semuanya ada dua daripada memori, CPU, kipas, SCSI kad, SCSI kabel, power pun sampai dua. Yang hanya satu hanyalah jam dalam mother board yang tidak boleh diduakan. Bayangkan cakera keras boleh ditukar hot swap dan juga CPU yang boleh cabut dan pasang semula.

Datang pula dengan mesin HP dengan konsep 99.96 fault tolance. Konsep mudah ada banyak CPU dan setiap CPU akan menjaga antara satu sama lain. Satu rosak yang lain akan cover. Hanya waktu nak tukar sahaja perlu shutdown server. Harddisk pula berkonsepkan storage dengan RAID5. pakai fiber lagi. Banyak jugak aku dan cover sebenarnya.

Yang menjadi minat aku hanya Linux. Dengan menjadi Linux sebagai DNS utama, 2 biji. Hampir 4 tahun server itu berjalan tanpa sebarang masalah. Belum lagi kemasukan DHCP dalam network untuk membantu rakan-rakan dibahagian network. Belum lagi menjadikan SAMBA sebagai Wins server dan sebuah SAMBA untuk menjadi fail server kepada ribuan laporan, kemudahan kepada bahagian operasi. Tiada trojan dan virus akan kena sebab ianya Linux. :)

Tahun 2003 membawa aku kepada bahagian keselamatan komputer. Dengan pengalaman teknikal ku curahkan kepada ahli kumpulan. Belajar hardening semua server HP, Linux dan SUN. Pening kepala pengguna dapat server yang keras bagai nak rak. Nak ping tak boleh. Login root jauh sekali le. Sekadar mengusik.

Panjang pengalamanku sebenarnya dan ia akan kucatatkan dalam blogger ini sebagai pengkongsian ilmu kepada yang lain. Harapan aku mampu menulis dan terus menulis.

Wassalam.

Harisfazillah Bin Jamel
daripada notebookku yang perlu ditinggalkan.
31JUL2004 20:47


Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra