Assalamualaikum,
Maaf kepada yang mengharap catatan IT hari ini. Kadang-kadang perlu selit sikit pasal hal lain. Dah nama blogger.
Semalam aku cukup terharu dengan kesudian dia menerima aku sebagai sahabat. Setelah sekian lama aku banyak kecewakan dirinya, peristiwa semalam banyak merubah keadaan. "Cerita kami-kami" dicerita kembali. Siapalah aku dan siapalah dia. Sememangnya luka yang ada mengambil masa untuk sembuh dan ia juga memerlukan masa yang panjang, aku bersyukur sangat hatinya masih terbuka untuk menerima aku. Susah hendak faham cara kami-kami dalam membuat keputusan dan andaian dan tidak semua orang boleh memahami maksud setiap apa yang diputuskan.
Kecewa dia pada aku terlalu panjang. Dua tahun aku biarkan dia sendiri, susah dan tanpa aku disisi. Aku rasa bersalah sangat. Yang aku mahu adalah untuk tebus kembali apa kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan kepada dia. banyak pengorbanan yang telah dia lakukan. Susah sendiri dan aku ini tidak mahu mengerti. Semalam membuat aku mengerti dan semakin mengerti. Dia terus hadir dalam hidup aku kerana rasa sayang dan cinta yang panjang. Setiap masa tidak pernah padam dan tidak akan dipadamkan. Dia ikhlas dalam setiap apa yang dia telah putuskan dan aku mahu bersifat jujur dengan dia. Walaupun dia tidak pernah soalkan tentang kedudukan dia dan masa yang aku luangkan bersama dia tapi sekurangnya aku mahu dia mengerti, pengorbanan yang telah dia lakukan membuat aku mahu dekat pada dirinya walaupun pada awal ini sebagai sahabat. Sememangnya dasar kasih sayang dan cinta kami-kami adalah sebuah persahabatan. Percintaan atas dasar persahabatan.
SDRMS
Wassalam.