Tukarkan Windows 95 Windows 98 dan Windows NT

Setelah sekian lama menggunakan sistem operasi Windows 95/98/Me sudah sampai masanya untuk membuat kemas kini kepada versi Windows yang terbaru, Windows XP atau Windows 2003. Bagi pengguna komputer yang mempunyai wang ia adalah satu perkara yang berbaloi untuk membeli perkakas baru supaya Windows XP boleh dijalankan dengan baik sekali. Komputer-komputer lama yang selama ini boleh menjalankan Windows 95/98 mungkin tidak mampu untuk menjalankan Windows XP melainkan perkakas ditingkatkan.

Bagaimana pula jika pengguna komputer lama ini diberikan pilhan untuk mendapatkan sistem operasi yang moden, terkini dan setanding dengan Windows XP pada harga yang murah. Bagaimana pula jika pegguna komputer mendapatkan sebuah sistem operasi dengan perlesenan yang percuma?

Sistem operasi Linux adalah sistem operasi lengkap yang mampu menggantikan Windows yang digunakan sekarang ini. Jika Windows digunakan untuk menaip, membuat persembahan dan mencatat kiraan, maka Linux melalui pelbagai distribusi telah menyediakan perisian yang setanding dengan Microsoft Office. Linux dengan OpenOffice boleh menjadikan ganti kepada perisian produktiviti seperti apa yang dibekalkan oleh Microsoft. Semua perisian ini adalah dengan perlesenan yang percuma.

Bagi capaian Internet, perisian Mozilla dalam Linux turut menyediakan kemudahan untuk melayari Internet, membaca email dan membina laman. Semuanya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, dengan perlesenan yang percuma.

Distribusi Linux seperti RedHat/Fedora, Mandrake, Suse, Debian, Slakware dan pelbagai lagi distribusi telah melengkapkan Linux menjadi sistem operasi dengan X-Windows dengan Desktop sama ada KDE atau Gnome, dan pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk pengguna rumah dan pejabat.

Bagi organisasi yang masih menggunakan Windows NT 4 untuk menyediakan kemudahan tapak laman (Web Server), DNS, DHCP, Email dan pelbagai lagi. Bertukar kepada Linux mendatangkan banyak kelebihan.

Kelebihan bertukar kepada Linux dan sistem operasi daripada sumber terbuka adalah :-

- Pelesenan adalah percuma. Pasanglah sebanyak mana yang diperlukan, pelesenan tidak akan menjadi masalah kerana ianya adalah percuma dan tiada sekatan sebaran. Pasti akan terselamat daripada membayar denda yang lebih mahal daripada bayaran perlesenan apabila menggunakan sistem operasi Windows yang tidak sah. Linux dan perisian sumber terbuka seperti Open Office dan Mozilla tidak mengenakan bayaran perlesenan. Peringatan Ops Tulen sedang giat dijalankan. Denda dikenakan adalah jauh lebih tinggi daripada bayaran perlesenan.

- Bayaran yang mungkin dikenakan adalah untuk sokongan dan latihan. Bayaran ini masih jauh lebih murah daripada turut membayar perlesenan dan juga latihan dan sokongan. Malah jika tenaga pakar telah sedia wujud, maka ia boleh dilakukan dengan sendiri.

- Sistem Operasi Linux adalah yang terkini dan bebas daripada masalah keselamatan seperti trojan dan virus. Malah kemas kini sentiasa dibuat dan ianya percuma. Bagi pengguna Windows 95/98/NT hanya setakat tahun 2006 sahaja. Sila rujuk laman Microsoft http://www.microsoft.com/

- Linux masih boleh dijalankan dalam perkakas lama. Lawat laman Linux Malaysia di http://www.geocities.com/linuxmalaysia untuk membaca sebab apa perlu beralih kepada Linux dan sumber terbuka. Maka apa yang ditunggu lagi. Bagi mengenali lebih lanjut tentang Linux sila lawat laman http://www.geocities.com/linuxmalaysia

Bagi laman sokongan Linux dan sumber terbuka sila lawat laman

http://www.ittutor.net/
http://www.mysig.org.my/
http://www.mtusempoi.org/

Kumpulan Diskusi Email

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/

http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99

CD-CD Linux boleh didapati di http://www.iusahawan.com/

Bagi latihan dan kelas untuk mengenali Linux sila hubungi Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) di nombor 03-40241718/03-40224854 atau lawat laman http://www.mysig.org.my/ . Bagi yang tidak berada di Lembah Klang, MYSIG mengadakan Sumber Terbuka Jelajah Malaysia. Ipoh adalah tempat yang pertama pada 23 dan 24 Jun 2004. Keterangan lanjut sila hubungan MYSIG.

Mulakan langkah ke perisian sumber terbuka sekarang. Keterangan lanjut di
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]

Penulis boleh dihubungi melalui email

hafnie @ mtusempoi dot org

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
http://hafnie.blogspot.com/

v 1 10JUN04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia

--- Iklan ---

Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi
http://smssempoi.iscool.net/

Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di
http://emailsempoi.iscool.net/

--- Iklan ---

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra