Semangat Sumber Terbuka

Kenapa saya cintakan Sumber Terbuka (OSS - Open Source Software)?

Sekitar tahun 1998 saya adalah pengguna Unix dan juga Windws NT. Sehinggalah pada akhir tahun itu, saya telah diarahkan untuk mendapat, memasang dan menggunakan Linux. Mandrake (Mandriva) telah menjadi pilihan pada waktu itu.

Saya rasa keseorangan pada masa itu. Download imej ISO 2 CD ambil masa 5 hari. Tidak tahu dimana hendak dirujuk, tidak tahu siapa saya hendak hubungi. Sehinggalah saya bertemu dengan kumpulan Linux kecil yang pada masa itu menumpang server TV3.

Untuk mendalaminya saya perlu belajar. Unix dan Linux is totally a different beast dan kerana minat saya bertemu dengan mereka dalam satu projek di sebuah sekolah.

Saya belajar pasang Linux dan OSS dengan budak sekolah. Budak tingkat 4 dan 5 pada masa itu. Mereka adalah cikgu saya dalam dunia OSS.

Dari situ dan dengan hubungan saya dengan kumpulan yang dipanggil MyPenguin saya jatuh cinta dengan OSS.

Semangat tolong-menolong antara satu sama lain dalam mempelajari OSS telah membuat OSS adalah hidup saya.

Semangat berkongsi ilmu komuniti OSS telah menyedarkan saya bahawa ilmu dan apa jua ilmu adalah untuk semua.

Semangat gotong royong sesama kita akan lagi membantu dan membawa faedah kepada OSS.

Itulah antara prinsip-prinsip yang dibawa oleh komuniti OSS pada masa itu. Sesiapa yang hendak belajar Linux, BSD dan OSS adalah dialu-alukan.

Mana-mana pihak yang hendak mengenalinya, kami sambut dengan gembira. Jemput datang kami datang, dengan duit poket sendiri, dengan berkongsi kereta, dengan motor buruk (Arafat aku ingat kau hal ini, ingat aku motor lama kau tu. Sayang sangat kau kat dia), datang dari jauh naik bas, semata-mata mahu berkumpul dan membuat orang lain tahu OSS.

Kami bukan orang berduit. Ramai masih baru bekerja. Kadang-kadang ada yang datang poket kosong cukup tambang, kadang-kadang kami sesama sendiri membayar duit minum dan makan.

Tapi semangat OSS, untuk berkongsi ilmu dan semua memahaminya, kami datang, kami kumpul dan kami ajar.

Kerana semangat itu saya lahirkan group ini

http://tech.groups.yahoo.com/group/ast/

Tapi

Setelah sekian lama kami tidak lama dalam komuniti, sekadar memerhati.

dan apabila sebuah organisasi, yang tidak pernah tunjukkan minat dalam OSS, datang bertemu komuniti untuk mendapatkan bantuan, tunjur ajar dan bimbingan tentang OSS.

Saya akan menerima, mana-mana pihak yang mahu mengetahui OSS dengan tangan terbuka dan senyum lebar. Yes inilah masa untuk tunjukkan semangat OSS adalah semangat tolong menolong, gotong-royong, saling tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Tidak kira besar atau kecil organisasi itu

Adalah satu yang mengejutkan saya, bagaimana komuniti sekarang menyambut minat organisasi ini kepada OSS.

Organisasi ini dipandang dengan penuh prasangka buruk. Dipandang dengan negatif. Dipandang dengan hostile. Ada dalam komuniti, mulakan dengan "attack" negatif, yang akibatnya.

"Ris, aku tahun depan hendak bagi orang lainlah buat, penatlah hendak handle komuniti". (Kawan, bagi aku quote, aku tahu kau kecewa and fruste dengan sambutan komuniti).

Dia tidak mengalah, dia orang yang bersemangat, tapi dengan first "impression" yang buruk kepada organisasi ini 

Saya rasa malu.... Adakah ini semangat OSS yang saya juangkan selama ini. 

Kutuk, bambu, mengata sebelum bermula. Boikot sebelum apa-apa dibincangkan dengan mereka???

Saya hormat organisasi ini. Turun ke tanah, bertemu komuniti, open up dan mendengar. Mereka mahu belajar. Mereka mahu tahu dan belajar apa itu OSS.

Adakah kita sebagai Guru, so called Guru, perlu sombong ...

Melihat sambutan komuniti sebegini, saya sambut juga. Saya temukan mereka dengan komuniti yang saya harap akan sudi mendengar dan membantu.

Tapi dalam hati saya. Dulu komuniti tidak sebegini susah untuk membantu.

Kenapa sekarang begitu bongkak???

Maaf.... Saya kasar. Tapi kita perlu tundukkan diri kita bila ada pihak lain juga tundukkan diri. Kita adalah orang Asia. Malaysian akan sambut dan jamu tetamu, orang jepun akan tunduk hormat bila seorang lagi tunduk hormat. Kita ada cara dan budaya kita sendiri.

dan cara dan budaya kita sendiri inilah bersesuaian dengan semangat OSS.

Bacalah sejarah asal hackers yang sebenar. Bacalah kenapa Richard Stallman berhenti kerja dan menulis sendiri setiap GNU Tools.

Semangat berkongsi, semangat menolong dan semangat gotong rotong.

Saya tidak katakan semua. Ramai yang membantu dan memberikan tunjuk ajar. Terima kasih saya ucapkan. Rasa malu ini ada kurangnya tapi saya tidak mampu hendak hilangkan "Bad Impression" yang dibawa oleh kita komuniti awal-awal usaha ini.

Tapi sebagai komuniti kita perlu duduk dalam satu suara dan satu semangat. We want to be open, we want to follow FOSS way tapi kita perlu sesuaikan semangat itu dengan cara dan budaya kita.

Semangat saling membantu, gotong royong dan berkongsi ilmu.

dan malam tadi dengan beberapa orang lama dan baru, kami komuniti yang ada ini akan membantu sedaya upaya dalam usaha organisasi ini mengenali OSS. Biarlah balik macam dulu-dulu, keluarkan duit sendiri, makan di gerai, berbincang sampai jauh malam.

Minta meja sahaja untuk pameran, duduk belakang-belakang dan jadi bayang. As long usaha ini akan berjaya. Kami lagi selesa macam itu.

Saya lagi happy macam itu. Tidak perlu hotel, tidak perlu bilik diskusi ada air cond dan selesa,  buat apa semua itu jika kita hanya mahu "bengkeng" setiap masa. Bagi saya itu bukan semangat OSS.

Kita tidak ada masa. Jika usaha ini gagal, yang malu adalah seluruh komuniti OSS.

Sama ada kita sedar atau tidak. Kita sudah piss off, organisasi yang berminat. Macam mana kita komuniti hendak hadapi kegagalan itu nanti dan membuat organisasi ini lupakan OSS dan kekalkan apa yang sedia ada,

maka saya tidak mampu hendak kata apa-apa.

Peluang yang diberikan untuk menjual dan menggalakkan OSS telah kita "blowup" awal-awal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra