Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka OSS

Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara dan kemudiannya ekonomi.

Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap diri kita sendiri.

Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer digunakan dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat Microsoft Amerika Syarikat.

Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan satu kesalahan jenayah.

Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.

Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.

Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.

Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih baik lagi.

Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini bukanlah berasal daripada Malaysia.

Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.

Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT ...

Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan.

Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.

Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak, dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan mengekalkan bentuk asal perlesenan.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).

Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS) dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.

Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan pelbagai perisian lesen berbayar.

Keterangan lanjut mengenai Open Source Software di http://www.opensource.org/

Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.

Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.

Baca lanjut mengenai OSS Master Plan dan OSCC MAMPU di

http://opensource.mampu.gov.my/
http://www.oscc.org.my/

Sama ada pihak kerajaan atau rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai pilihan dan pilihan itu adalah perisian sumber terbuka (OSS). Pilihan-pilihan dalam industri ICT akan memastikan kita tidak dijajah melalui kuasa monopoli ekonomi dan teknologi.

Kita bukan sahaja hanya menggunakan perisian sumber terbuka (OSS), malah kita perlu budayakan cara pembangunan OSS dalam dunia ICT Malaysia. Sama-sama gotong royong membangunkan perisian sumber terbuka (OSS) sama ada oleh kita dan untuk kita. Atau sama-sama menyumbang dengan masyarakat antarabangsa, menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang ICT dan perisian sumber terbuka (OSS).

Anda boleh mula menyumbang dengan menyertai dan menyumbang di Knowledge Bank OSCC MAMPU

http://knowledge.oscc.org.my/

OSCC MAMPU turut keluarkan perisian Mymeeting dengan perlesenan OSS. Ini membolehkan orang ramai terlibat dalam pembangunan perisian MyMeeting. Sila lawat laman web

http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting

Kita perlu merdeka daripada penjajahan ICT.

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

[email protected]

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra