Sedih

Saya kehilangan seorang sahabat isnin lepas akibat sakit jantung.

Saya mengenali beliau cukup rapat. Pada hari pertama beliau bekerja bertahun dahulu beliau melaporkan diri dalam kumpulan shift saya. Kami pada masa itu bertugas bahagian operasi komputer dan terlibat dengan kerja yang masa kerja yang sentiasa bertukar-tukar. Pagi atau petang atau malam.

Banyak perkara kami kongsikan bersama. Terlalu banyak kenangan. Teringat apabila kami bertugas shift malam, dia dan seorang lagi rakan nama Hamidi, akan pasang lagu underground kuat-kuat sehingga saya sendiri tak larat nak layan dengar. Im not the guy yang suka lagu-lagu macam tu. Ada reason kenapa Shahrul dan Hamidi pasang lagu kuat-kuat, nak lawan mengantuk.

As a friend banyak masa susah beliau membantu. Banyak yang hendak dicatatkan namun biarlah ia kekal dalam lipatan kenangan.

Ramai antara kami, rakan-rakannya tidak tidur malam apabila mendengar berita dan saya sendiri rasa sedih masih terasa sehingga sekarang. Adalah sukar untuk menelan rasa kehilangan walaupun sudah tidak lama berjumpa.


Kehilangan beliau buat saya mengubah banyak perkara tentang prespektif hidup.

Tidak mahu lagi rasa sedih. Tidak mahu lagi rasa tension-tension. Tidak mahu lagi pandang ke belakang.

dan yang tak best, ramai sahabat-sahabat yang lama tidak berjumpa, tell me that Im getting fatter. Alamak kena kurangkan berat ni.

And it's worries me a lot. Sedangkan Shahrul yang 5 tahun muda daripada saya diserang sakit jantung, bagaimana pula dengan saya?


Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon