OpenOffice.Org Bukan Sekadar Perisian Biasa

OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian pejabat (Office Suite). Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet), paparan (slide) dan pangkalan data.

Dengan kemas kini ke versi 2, ia jauh lebih baik daripada versi sebelum ini dengan penambahan dan pembaikan yang ketara mampu menggantikan perisian pejabat yang lain seperti Microsoft Office.

Mengapa OpenOffice.Org Versi 2?

- Dengan Perlesenan Sumber Terbuka (Open Source http://www.opensource.org/) yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran dikenakan untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun, disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad dan tanpa perlu membuat apa-apa bayaran. Ia bukan "FreeWare" tapi satu perisian yang bebas syarat perlesenannya.

- Ia adalah pelbagai perisian dalam satu. Semua keperluan pejabat sama ada untuk menaip surat, menyediakan graph, menyediakan bahan-bahan untuk slide, simpanan data dan pelbagai tujuan dokumen pejabat boleh disediakan oleh OpenOffice.Org.

- OpenOffice.Org boleh membaca fail dalam bentuk DOC, XLS, PPT dan fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama atau yang terbaru. Ia juga boleh menyimpan dalam format Microsoft Office.

Ini membolehkan fail-fail DOC, XLS dan PPT dibaca dan ditukarkan kepada format OpenOffice.org.

- OpenOffice.Org versi 2, menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data. Schema dan format data XML yang dijanakan oleh OpenOffice.Org, adalah dokumen terbuka yang boleh didapati di http://www.openoffice.org/ . Perisian-perisian lain dengan mudah dibangunkan untuk membaca fail-fail XML hasil OpenOffice.Org.

- Dengan hanya fungsi "Save As" fail-fail boleh diubah kepada format HTML dan dijadikan laman web Internet atau Intranet. Mlah fungsi "Export" pula membolehkan ia diubah kepada format XML untuk web.

Hasil format HTML OpenOffice.Org adalah mengikut standard dan bersih jika dibandingkan dengan perisian yang lesen berbayar.

- Dengan OpenOffice.Org dokumen boleh disimpan dalam bentuk PDF. Ini membolehkan dokumen dikongsikan dalam keadaan yang diinginkan antara pengguna komputer.

- OpenOffice.Org mempunyai fungsi Macro yang bertujuan untuk memudahkan perjalanan kerja penggunaan. Ia diperlengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang tersendiri dalam memastikan dokumen-dokumen tidak mudah dijangkiti trojan dan perisian yang boleh merosakkan komputer anda. Jika sebelum ini fail-fail dengan format DOC boleh mendatangkan masalah trojan, tidak dengan fail-fail OpenOffice.Org.

Antara cara untuk menyelamatkan fail-fail DOC yang telah dijangkiti trojan adalah dengan membuka fail-fail ini dalam OpenOffice.Org dan kemudian menyimpan ia semula dalam format OpenOffice.Org.

- OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan OpenOffice.Org. Cara penggunaan OpenOffice.Org tidak banyak bezanya apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.

- Ada perisian pejabat mempunyai banyak pelbagai fungsi dan yang pastinya pengguna perisian pejabat ini tidak menggunakan semuanya, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja. Yang penting dapat menaip, menyimpan dan membuat cetakan.

Mengapa perlu bayar lebih kepada fungsi yang tidak digunakan? Mengapa perlu bazirkan ruang cakera keras? Mengapa perlu bazirkan pengguna memori komputer?

Matlamat OpenOffice.Org adalah memberikan perisian yang mempunyai fungsi-fungsi memang gunakan dan membaiki ia agar ia berkualiti. Malah matlamat OpenOffice.Org memastikan ia seragam bagi semua jenis sistem operasi sama ada Windows, Linux, FreeBSD dan pelbagai.

Mengapa bayar lebih jika tidak digunakan? Mengapa bayar jika ada yang percuma dengan fungsi-fungsi perlu sedia ada?

Penggunaan OpenOffice.Org boleh bermula dengan pemasangan kepada komputer-komputer baru, malah ia boleh disekalikan dengan komputer yang sedia ada dengan perisian pejabat yang lain.

OpenOffice.Org boleh dimuat turun di http://www.openoffice.org/

Bagi mendapatkan nota, bantuan dan latihan untuk OpenOffice.Org sila rujuk

http://www.tutorialsforopenoffice.org/

Rujukan lain

http://en.wikipedia.org/wiki/OpenOffice.org

Artikel berkaitan sebelum ini boleh dilihat di

http://hafnie.blogspot.com/

Untuk mengikuti artikel-artikel lain sila sertai senarai email terhad di

http://groups.google.com/group/hafnie atau email kepada [email protected]

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie/harisfazillah.html

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

14 Nov 2006

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Iklan ---

Adsense Untuk Wanita
http://www.wanita.us/adsense-wanita.php

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon