Perisian Perlu Dalam Windows XP Dan Vista Anda

Artikel kali ini mengenai perisian-perisian yang perlu anda pasang di dalam komputer anda sama ada anda menggunakan Windows XP atau Windows Vista.

Perisian-perisian ini mempunyai perlesenan yang bebas, percuma dan sumber terbuka. Ini bermaksud anda boleh menyalin, menyebar dan menggunakan perisian ini pada sebuah atau lebih komputer tanpa sebarang masalah atau dihadkan oleh perlesenan. Malah anda boleh sebarkan ia kepada orang lain. Perlesenan sumber terbuka membenarkan ia. Sila rujuk http://www.opensource.org/

Perisian-perisian ini boleh menjadi pengganti kepada Microsoft Office, Internet Explorer, Adobe Photoshop, Micromedia Dreamweaver, Adobe Acrobat, Winzip dan pelbagai lagi. Bagi pengguna komputer Windows XP yang mahu mengurangkan kos perlesenan ini peluang anda. Begitu juga penguasa cybercafe, pejabat dan mana-mana yang perlu berjimat daripada segi penggunaan lesen. Anda mungkin boleh membayar hanya lesen Windows XP anda tetapi perisian yang lain menggunakan perisian sumber terbuka ini.

Untuk artikel ini akan disenaraikan beberapa perisian yang dirasakan sesuai untuk Windows XP anda.

OpenOffice.org

Ini adalah perisian produktiviti canggih yang mengandungi perisian-perisian seperti pemprosesan perkataan (Word Processor), laman lebaran (spreadsheet), paparan persembahan (presentation slide show), membuat muka laman (Webpage authoring) dan pelbagai.

Ia merupakan pengganti Microsoft Office yang terbaik. Dengan lesen yang bebas dan percuma anda pasti tidak akan melepaskannya.

Muat turun di http://www.openoffice.org/

Mozilla Firefox

Banyak telah diperkatakan tentang kelemahan Internet Explorer, pelayar Internet yang didatang dengan Windows XP, sehingga menyebabkan komputer diseluruh dunia terdedah dengan serangan virus dan trojan. Sudah sampai masa pengguna komputer dengan Windows XP menukarkan penggunaan pelayar Internet (Internet Browser) kepada yang lebih baik dan selamat. Gunakan Firefox yang boleh dimuat turun di http://www.mozilla.org/

Artikel-artikel lain

http://www.wanita.us/hapuskan-ie.php
http://www.wanita.us/firefox.php

Jangan lupa untuk muat turun pelbagai penambah baik fungsi Firefox (extension) di

https://addons.mozilla.org/extensions/

Antara extension yang menarik adalah "FasterFox" dan 'Downthemall!"

GIMP

Perisian ini digunakan untuk manipulasi imej dan disimpan dalam pelbagai format imej seperti PNG, GIF, JPG, BMP an pelbagai. GIMP oleh menggantikan Adobe Photoshop dan ia mempunyai pelbagai fungsi yang menarik untuk digunakan pakai.

Anda boleh mencubanya dengan muat turun untuk Windows XP di http://www.gimp.org/

Sila muat turun GTK+ dan GIMP kerana ia salin memerlukan antara satu sama lain.
http://gimp-win.sourceforge.net/

NVU

Bagi anda yang minat untuk membina tapak laman. NVU adalah perisian khusus untuk membuat muka laman sama ada dalam format HTML atau XML. Perisian yang mudah dan berkonsepkan what-you-see-is-what-you-ge (WYSIWYG ) maka ia memudahkan usaha membuat muka laman tanpa perlu mempelajari HTML dan ia boleh menjadi pengganti kepada Micromedia Dreamweaver. NVU turut dilengkapkan dengan pengurusan tapak FTP yang bermaksud HTML yang anda buat bleh terus dimasukkan ke komputer pelayan web, Style sheet editor (CSS), ruang kerja cara tab dan pelbagai lagi fungsi yang anda harapkan daripada perisian sebegini.

Yang penting adalah cara bagaimana format fail-fail anda disimpan. Berbanding dengan perisian yang lain. NVU mengambil prinsip fail-fail disimpan dalam format yang ringkas dan menjadikan saiz fail sekecil yang boleh. Disamping itu juga ia memastikan format yang digunakan diterima pakai oleh pelbagai pelayar Internet. Bagi pembina laman, fail hasil NVU adalah lebih mudah diterima untuk index oleh engin pencari seperti Google.

Muat turun NVU di http://www.nvu.com/

7-Zip

Bagi anda yang biasa menggunakan perisian Winzip maka 7-Zip merupakan perisian gantian yang percuma dan setanding dengan Winzip. Winzip adalah shareware, bermaksud selepas masa tertentu anda perlu membayar harga lesen untuk terus menggunakannya. Maka 7-Zip menjadi pilihan kerana sebagai perisian sumber terbuka ia bebas dan percuma untuk digunakan.

Ia menyokong pelbagai jenis format pemampatan dan pengumpulan fail seperti 7zip, ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP, BZIP2, TAR, CPIO, RPM and DEB. Malah penggunaan format 7zip pemampatan boleh mencapai lebih 45 peratus lebih baik berbanding dalam format zip. Untuk muat turun sila lawat laman

http://www.7-zip.org/

PDFCreator

Anda boleh menggunakan perisian PDFCreator ini untuk menyimpan pelbagai dokumen daripada pelbagai perisian Windows dalam bentuk PDF secara terus daripada perisian tersebut. Ini membolehkan hasilan perisian dapat dikongsikan kepada ramai pengguna dengan format PDF tanpa perlu pengguna mempunyai perisian Windows yang digunakan untuk menghasilkan hasilan tersebut. Fail PDF (Portable Document Format) adalah format yang standard dan utama dalam penerbitan secara elektronik.

PDFCreator adalah perisian yang mudah dan percuma berbanding dengan perisian lesen perlu beli seperti Adobe Acrobat. Apabila dipasang, pengguna hanya perlu memilih "Print" seperti untuk mencetak dokumen, daripada mana-mana perisian dan memilih "PDFCreator Printer" daripada senarai pencetak. Klik OK, kemudian save dan masukkan nama fail untuk PDF itu. Semudah itu. Untuk muat turun sila lawat

http://sector7g.wurzel6.de/pdfcreator/index_en.htm

ClamWin

ClamWin merupakan anti virus dengan perlesenan sumber terbuka. Walaupun pengesanan secara masa kini (real-time) belum lagi diadakan namun dengan pengesanan secara berjadual boleh dijalankan. Ia mampu mengesan dan menghapuskan virus dan trojan seperti perisian berlesen berbayar. Lawat lamannya di

http://www.clamwin.com/

Spybot Search and Destroy

Akibat kelemahan Internet Explorer maka pelbagai Adware dan spyware boleh memasuki Windows XP anda. Perisian Spybot Search and Destroy merupakan perisian khusus bagi mengesan perisian sebegini dan menghapuskannya. Perisian sebegini menjadi perisian gandingan bersama anti virus. Lawat laman

http://www.spybot.info/

Sokoban YASC

Permainan mencabar minda ini sesuai untuk waktu-waktu berehat daripada tekanan kerja dan belajar. Ia diasaskan oleh Hiroyuki Imabayashi seorang pengatur cara Jepun. Sokoban bermaksud penjaga gudang.

Matlamat permainan ini adalah menyusun semula kotak-kotak pada kedudukan yang dikehendaki di dalam gudang. Nampak mudah namun terdapat beberapa had yang perlu dipatuhi. Permainan ini hanya boleh menolak kotak, hanya boleh menolak satu kotak dalam satu masa dan tidak boleh menembusi kotak atau dinding. Ia pasti menyeronokkan.

Lawat laman Sokoban YASC di http://www.sourceforge.net/projects/sokobanyasc/

Battle for Wesnoth

Permainan berbentuk strategi mengikut giliran mempunyai tema fantasi. Ia mempunyai beberapa kempen yang perlu diikuti. Dengan pelbagai watak yang boleh diupah setiap satu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing maka permainan ini pasti melekakan bagi mereka yang meminati permainan sebegini.

Jika anda berminat anda boleh menyertakan rakan-rakan secara talian malah menyertai pertandingan yang diadakan oleh tapak laman permainan ini.

Lawat http://www.wesnoth.org/ untuk muat turun permainan.

Bzflag

Bzflag merupakan permainan dalam rangkaian yang melibatkan peperangan kereta kebal. Dengan keadaan muka bentuk bumi tersendiri maka adalah satu yang menarik berlawan sesama rakan dalam rakaian LAN. Jika mempunyai komputer dengan grafik kad canggih dan memori yang tinggi, permainan boleh diadakan dalam keadaan seperti benar dengan halangan seperti pokok dan bukit. Semuanya boleh dimuat turun di

http://www.bzflag.org/

The OpenCD Project

Projek ini mengumpulkan hampir semua perisian yang disenaraikan dalam artikel ini dalam bentuk CD. Dengan pelayarnya sendiri anda boleh membaca penerangan dan melihat imej skrin setiap perisian dalam CD tersebut sebelum anda memasangnya. Ada terdapat beberapa lagi perisian menarik tidak dinyatakan dalam artikel ini dan anda boleh mecubanya. Antaranya adalah Audacity untuk manipulasi audio http://audacity.sourceforge.net/ , Celestia bagi mereka yang berminat dengan astronomi http://www.shatters.net/celestia/ dan pelbagai lagi yang disenaraikan di

http://www.theopencd.org/programs

Muat turun fail ISO CD OpenCD Project di

http://www.theopencd.org/

Ingin dimaklumkan fail ISO tidak boleh dibakar secara data files. Anda perlu memilih "Burn CD Image" kerana fail ISO ini adalah imej kepada CD. Cara pembakarannya adalah berlainan.

Sebagai tanda sokongan, bagi anda yang mahu menyumbang boleh melawat laman perisian-perisian yang anda gunakan. Menyumbang walau sedikit wang boleh menjadi galakan kepada mereka untuk meneruskan usaha dan membayar kos komputer pelayan dan pelbagai lagi kos yang mereka tanggung secara sendiri.

Jika tidak mahu menyumbang dalam bentuk wang ringgit, sumbangan promosi seperti menyebarkan maklumat tentang perisian kepada rakan-rakan, malah memanjang artikel ini kepada email rakan-rakan dapat membantu dan memperkembangkan perisian sumber terbuka yang bebas, percuma dan terbuka.

Terdapat beribu-ribu perisian dengan perlesenan sumber terbuka. Ia ditulis dalam pelbagai bahasa atucara sama ada C, C++, PHP, ASP, Java, VB dan pelbagai. Anda boleh mencarinya di http://www.sourceforge.net/

Diharapkan artikel ini dapat membuka mata bahawa terdapat pelbagai perisian yang bermutu boleh menjadi pengganti kepada perisian lesen beli. Perisian sumber terbuka yang bebas dan percuma. Sekiranya anda mahu, Windows XP sendiri boleh digantikan dengan sistem operasi Linux. Terdapat pelbagai distribusi boleh anda pilih mengikut selera anda. Antaranya adalah Ubuntu, OpenSuse dan Centos.

CD The OpenCD Project itu sendiri merupakan CD Linux Ubuntu yang boleh "boot" sewaktu anda membuka komputer. Bagi distribusi lain

OpenSuse http://www.opensuse.org/
Centos http://www.centos.org/
Senarai pelbagai distribusi http://www.distrowatch.com/

Bagi anda yang terlibat dalam dunia IT selain Linux (seperti Centos) sebagai pengganti Windows 2000 dan Windows 2003, FreeBSD http://www.freebsd.org/ boleh menjadi komputer pelayan yang baik, bebas dan percuma. Artikel lain akan ditulis mengenainya.

Anda juga boleh membelinya di http://www.iusahawan.com/

Selain daripada perisian sumber terbuka terdapat beberapa perisian percuma (Free sofware) yang dirasakan sesuai untuk pengguna komputer Windows XP dan Vista.

AVG Anti virus

Percuma untuk pengguna di rumah, ia merupakan anti virus yang canggih dan mampu mengesan pelbagai jenis virus dan trojan. Malah kemas kini definasi adalah percuma. Lawat laman dibawah untuk muat turun

http://free.grisoft.com/

CCleaner

Perisian ini bertujuan untuk membersihkan Windows XP terutama registry daripada pelbagai sampah yang boleh menggugat kestabilan Windows XP anda. Disamping itu terdapat kemudahan pemadam jejak hasil penggunaan pelbagai perisian. Bagi Windows XP yang telah dibersihkan daripada jangkitan trojan dan virus, adakala terdapat ralat yang tidak hilang. CCleaner mungkin dapat membantu membersihkannya. Lawatlah lamannya di

http://www.ccleaner.com/

HDtune

Cakera keras masa kini dibangunkan dengan teknologi S.M.A.R.T bagi membolehkan keadaan cakera keras dikuti melalui perisian seperti HDTune. Dengan ini sebarang masalah kepada cakera keras dapat dikesan daripada awal dan pengguna dapat membuat penukaran awal dan menyalin data ke tempat lain.

Disamping itu dengan pengesan haba, suhu cakera keras dapat ketahui. Suhu yang tinggi seperti lebih 55 darjah Celcius boleh merosakkan cakera keras. Dengan perisian ini keadaan suhu yang tinggi boleh dikesan dan anda akan diberikan amaran.
Lawat laman dibawah untuk keterangan lanjut dan muat turun.

http://www.hdtune.com/

Google Desktop

Jika selama ini pelbagai dokumen dalambentuk HTML, DOC dan PDF disimpan di dalam cakera keras kita dan banyak masa kita terlupa dimana kita menyimpannya. Google Desktop merupa satu cara kita mencari pelbagai bahan yang kita simpan di dalam cakera keras. Dengan teknologi carian Google maka pelbagai maklumat boleh dicari dalam cakera keras kita.

Pelbagai muka laman yang penting boleh disimpan dalam cakera keras, pelbagai dokumen boleh disimpan untuk rujukan kemudian. Dengan Google Desktop simpanan ini boleh menjadi sumber rujukan tanpa talian (offline) yang menyenangkan. Sebagai contoh saya telah muat turun semua dokumen HOWTO dan panduan untuk Linux di http://www.tldp.org/ untuk kemudahan rujukan saya. Dengan Google Desktop ia umpama menggunakan Google di Internet untuk mencari maklumat.

Lawat lamannya di untuk muat turun.

http://desktop.google.com/

Google sendiri menyediakan satu kemudahan yang dipanggil Google Updater untuk muat turun perisian percuma yang disokong oleh Google. Terdapat pelbagai perisian penting untuk pengguna komputer. Sila lawat laman dibawah untuk keterangan lanjut.

http://pack.google.com/

Pelbagai lagi senarai perisian sumber terbuka dalam Windows.

http://www.opensourcewindows.org/
http://osswin.sourceforge.net/


Untuk mengikuti artikel-artikel lain sila sertai senarai email terhad di

http://groups.google.com/group/hafnie atau email kepada [email protected]

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://hafnie.blogspot.com/

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

07 Okt 2006

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

-----
Iklan
-----

Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di

http://dating.wanita.us/

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips kesihatan yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra