Perisian Sumber Terbuka Untuk Windows

Laman ini di Internet
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewtopic.php?t=2855

Perisian sumber terbuka adalah perisian dengan perlesenan yang mahukan perisian disebarkan dengan kodnya terbuka, boleh didapati, dilihat dan diubah asalkan ia disebarkan semula dengan perlesenan sumber terbuka yang sama.

Disamping itu perisian perlulah mudah didapati dan tidak dihadkan pengedaran dan salinan. Keterangan lanjut boleh didapati di http://www.opensource.org/

Terdapat pelbagai jenis perlesenan di dalam perisian sumber terbuka.

Sebagai pengguna, perkara paling penting adalah, perisian sumber terbuka boleh didapati dengan percuma dan dengan perlesenan yang percuma. Ia juga boleh disebarkan dan disalin seberapa banyak yang boleh tanpa sekatan perlesenan.

Walaupun perisian sumber terbuka tidak didatangkan dengan sokongan rasmi. Namun ramai pengguna perisian sumber terbuka telah mewujudkan pelbagai forum perbincangan dan laman perisian sumber terbuka itu sendiri mempunyai pelbagai dokumen sokongan dan forum.

Masalah boleh diselesaikan dengan bantuan dokumen perisian sumber terbuka atau mengutarakannya dalam forum-forum komputer dan Internet.

Walaupun ia melibatkan usaha sendiri namun ianya masih percuma, sesuai dengan konsep sumber terbuka itu sendiri. Digalakkan carian dilakukan dahulu seperti di enjin pencari http://www.google.com/, membaca dokumen dan barulah soalan diutarakan.

Jika bahasa menjadi masalah beberapa forum hasil warga Malaysia boleh dikunjungi untuk mengutarakan soalan. Antaranya

http://www.ittutor.net/ http://www.mtusempoi.org/ (Ruang sumber terbuka)
http://www.mysig.org.my/ (Ruang forum)

Untuk menggalakkan pengguna komputer Malaysia menggunakan perisian yang asli tetapi dengan budjet yang terhad. Pengguna komputer Malaysia digalakkan sekurang-kurangnya membeli lesen sistem operasi Windows. Hentikan penggunaan perisian cetak rompak kerana ia adalah tanda sokongan kepada penjenayah.

Dengan Windows yang asli, perisian sumber terbuka yang percuma yang boleh dipasang dalam komputer anda.

___________

Open Office
___________


Ini adalah pakej perisian yang mampu bersaing dengan perisian Microsoft Office. Open Office adalah pekaj perisian yang mengandungi perisian pemprosesan perkataan (seperti MS Words), "spreadsheet" (seperti excel), perisian persembahan (seperti Powerpoint).

Tidak perlu diterangkan lagi, Open Office mampu menggantikan penggantungan kepada Microsoft Office. Muat turun di http://www.openoffice.org/

Untuk manual dalam Bahasa Melayu http://opensource.mimos.my/?main=mimos/OO-manual

Jika mahukan versi Open Office yang mempunyai sokongan rasmi dan dengan pelbagai penambahan. Dapatkan maklumat Star Office di laman http://malaysia.sun.com/contact/

http://wwws.sun.com/software/star/staroffice/index.html

Perlesenan StarOffice adalah berlainan daripada OpenOffice walaupun ia berasaskan OpenOffice. Ia juga mempunyai harga perlesenan. Namun ia jauh lebih murah daripada Microsoft Office.

_______

Mozilla
_______


Walaupun Microsoft Windows didatangkan dengan Internet Explorer untuk pelayaran Internet dan Outlook Express untuk mendapatkan email namun timbulnya pelbagai masalah keselamatan komputer yang mengakibatkan torjan tersebar dengan mudah, maka pengganti perlu dicari dan digunakan.

Secanggih mana perisian anti-virus, namun ia masih tidak dapat melindungi pengguna komputer, jika pengguna komputer masih lagi leka untuk mengambil langkah-langkah keselamatan. Cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan risiko itu dengan menggunakan perisian yang kurang risiko. Mozilla adalah pilihan yang baik.

Pakej perisian Mozilla didatangkan dengan perisian pelayaran Internet, perisian mendapatkan email dan perisian membina laman.

Jika mahu kurangkan risiko trojan dan virus, mahukan perubahan dan pelbagai keistimewaan lain, dapatkan mozilla di

http://www.mozilla.org/

_________________

ClamWin AntiVirus
_________________

ClamWin adalah perisian antara muka Windows kepada perisian anti virus
dengan perlesenan sumber terbuka iaitu ClamAv http://www.clamav.net/

Clamav adalah perisian antivirus yang dbina untuk Unix dan Linux bertujuan untuk menjadi perisian depan dalam menangani masalah virus dan trojan dalam email-email. Kini ia diusahakan dalam Windows.

Walaupun ia masih tidak mempunyai pengesanan masa benar dalam memori, namun keupayaan untuk membuat pengesanan dalam cakera keras adalah setanding dengan perisian anti virus yang lain. Malah nilai tambahan untuk Outlook turut disertakan. Ini merupakan satu keperluan kepada pengguna Outlook kerana kelemahan Outlook menyebabkan torjan dan virus mudah tersebar.

Kemas kini untuk pangkalan data anti virus boleh didapati secara percuma dan sentiasa dikemas kini dan ia boleh dilakukan secara automatik dan berjadual.

Fungsi lain kini dalam pembangunan dan ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk dimasukkan ke dalam ClamWin.

Tidak rugi memilikinya dan tidak rugi menggunakan ia menggantikan perisian anti virus yang lain. Untuk mendapatkan ClamWin lawat

http://sourceforge.net/projects/clamwin/

Dipetik daripada laman ClamWin :-

Front-end (Microsoft and Gnome) to Clam Antivirus (http://www.clamav.net). Includes scheduler, virus database updates, standalone scanner, context menu integration to MS Windows Explorer and Addin to MS Outlook. Also features All-In-One MS Windows Setup.

--- Iklan ---

Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi http://smssempoi.iscool.net/

Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool dihttp://emailsempoi.iscool.net/

--- Iklan ---

_________

Seven Zip
_________

Banyak fail yang dimuat turun di Internet adalah digabung dan dimampatkan dengan format fail zip. Ada pelbagai perisian yang boleh digunakan antaranya Winzip dan Zip Central. 7-Zip adalah perisian sumber terbuka yang dapat menggantikan perisian yang lain sejenisnya.

Ia menyokong pelbagai format seperti 7z, ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP,BZIP2, TAR, CPIO, RPM and DEB.

Pengguna boleh mencuba format yang baru 7z, ratio mampatan lebih baik daripada format yang lain. Format 7z diandaikan 30-50 peratus lebih baik daripada format zip.

Dapatkan ia di http://sourceforge.net/projects/sevenzip/

__________

PDFCreator
__________

Bagi yang mencari cara untuk menjadikan dokumen yang ada dalam bentuk PDF, PDFCreator adalah cara yang mudah untuk melakukannya. Apabila PDFCreator dipasang ia akan menjadi "Queue Printer" dalam Windows.

Ini bermakna semua perisian yang boleh mencetak boleh menghantar dokumen ke queue ini dan menjadikan ia sebagai fail PDF. Ia seperti membuat cetakan. disamping itu juga pilihan untuk melindungi fail PDF daripada dicetak, disalin atau diubah.

Muat turun PDFCretor di http://sourceforge.net/projects/pdfcreator/

_____

WinPT
_____

Windows Privacy Tool (WinPT) adalah perisian yang digunakan untuk merawakkan fail atau kiriman Email. WinPT merupakan perisian muka depan Windows bagi perisian GNUpg. Bila kandungan fail dirawak ia menyukarkan usaha untuk mendapatkannya dan memerlukan kata lepas dan kunci rawakan yang betul.

Fahami isu rawakan dengan melawat laman GNUpg di http://www.gnupg.org/ dan dapatkan WinPT di http://www.winpt.org/

_______

HTtrack
_______

http://www.httrack.com/

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan dalam muat turun laman ke cakera keras komputer. Salah satunya adalah Httrack.

Httrack merupakan perisian sumber terbuka yang boleh didapati di tapak laman http://www.httrack.com/ . Ia membolehkan muat turun tapak laman Internet ke "folder" atau direktori anda, ia membina semula direktori yang diperlukan oleh tapak laman itu, mendapatkan fail-fail HTML dan gambar-gambar grafik. Httrack akan menyusun fail-fail yang telah dimuat turun seolah-seolah laman itu dilayari di Internet. Ia umpama membuat salinan cermin kepada tapak laman yang anda pilih.

Httrack juga boleh mengemas kini laman yang telah diambil dan menyambung semula muat turun yang tidak lengkap.

________

TightVNC
________

Ini adalah perisian yang memboleh kawalan Desktop Windows dan X-Windows dilakukan daripada kawalan jauh melalui sistem
rangkaian. Dengan ini tugas-tugas selesaian masalah komputer boleh dijalankan daripada jauh tanpa perlu juruteknik komputer berada di depan komputer. Lawat laman ini untuk keterangan lanjut

http://www.tightvnc.com/
_____

Linux
_____

Linux merupakan sistem operasi yang mampu bersaing dengan Microsoft Windows sama ada untuk "Desktop" dan juga "server". Linux didatangkan dengan perlesenan General Public License, salah satu perlesenan sumber terbuka. Perlesenan ini adalah percuma dan ianya bebas untuk disalin dan diedarkan tanpa sekatan perlesenan.

Memasang Linux merupakan satu langkah besar yang membolehkan pengguna komputer menggunakan sepenuhnya perisian sumber terbuka.

Pelbagai distribusi Linux wujud dan ianya mudah didapati. Dengan sedikit bayaran kos CD dan penghantaran CD Linux seperti distribusi Mandrake, Red Hat, Debian Suse, Slakware dan pelbagai lagi boleh berada ditangan tanpa perlu muat turun yang besar dan lama.

Dapatkan CD Linux di

http://www.iusahawan.com/
http://www.mysig.org.my/

Menggunakan Linux merupakan satu langkah besar. Dapatkan kursus Linux di Pertubuhan Pakar ICT Malaysia di

http://www.mysig.org.my/

Keterangan lanjut Linux boleh dirujuk di

http://linuxmalaysia.tripod.com/

______

CYGWIN
______

CYGWIN http://www.cygwin.com/ adalah perisian yang dibangunkan untuk membawa perisian sumber terbuka (Open Source) yang dibangunkan dalam Linux dan Unix ke dunia Windows. CYGWIN
menyediakan keadaan seperti Unix/Linux dalam Windows yang membolehkan pelbagai perisian sumber terbuka dibina semula
dan dijalankan dalam Windows dengan CYGWIN.

Nota pemasangan CYGWIN dalam bahasa Melayu boleh dirujuk disini.

http://www.geocities.com/moodlelinux01/

______

BZflag
______

BZFlag adalah permainan tank 3D untuk sistem rangkaian. Ia boleh dijalankan dalam Linux, Windows, Irux,*BSD, Mac OS X dan
pelbagai. Lawat laman ini untuk maklumat lanjut http://www.bzflag.org/

----

Bincangkan penggunaan perisian sumber terbuka di http://www.mtusempoi.org/ Bilik Sumber Terbuka.

Diharapkan artikel ini dapat membantu dalam penggunaan komputer dan Internet dengan lebih baik. Ada beribu-ribu perisian
sumber terbuka yang masing-masingnya boleh disesuaikan dengan kehendak pengguna komputer. Lawat laman Sourceforge

http://www.sourceforge.org/ untuk mencari perisian sumber terbuka yang sesuai.

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada [email protected]

Penulis boleh dihubungi melalui email

hafnie @ mtusempoi dot org

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
v 1.01 17MAY04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

- ----

Linux Malaysia http://www.geocities.com/linuxmalaysia

--- Iklan ---

Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi http://smssempoi.iscool.net/

Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di http://emailsempoi.iscool.net/

--- Iklan ---

Jangan lupa pingger di Project Petaling Street
http://www.petalingstreet.org/cgi-bin/pinger/tb.cgi?__mode=send_form

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra