OpenOffice.org Himpunan Perisian Pejabat (OpenOffice.org Suite)

Bagi pengguna Microsoft Office, himpunan perisian pejabat ini merupakan perisian produktiviti yang bertujuan untuk menjimatkan masa dan membantu pengguna komputer di pejabat, rumah dan sekolah. Ia membantu dalam menyediakan laporan dengan Microsoft Words, penyediaan laporan dalam Excel dan membuat persembahan laporan dengan Microsoft Power Point.

Perlesenan bagi Microsoft Office agak tinggi menyebabkan tidak ramai yang mampu memilikinya. Kini telah tersedia sebuah perisian yang setanding, mampu memberikan penjimatan masa dan membantu pengguna komputer dengan harga perlesenan yang percuma. Perisian sumber terbuka OpenOffice.org. Perisian Openoffice.org ini boleh dijalankan dalam pelbagai sistem operasi seperti Windows, Windows 95 hinggalah versi terbaru, Linux, Mac OS X, Sun dan keluarga BSD. Maklumat lengkap Openoffice.org boleh dirujuk di http://www.openoffice.org/

Openoffice.org adalah adalah himpunan beberapa perisian khusus yang boleh berintergrasi diantara satu sama lain. Sebagai contoh, membuat carta dalam Openoffice.org Calc boleh dipaparkan secara terus di dalam Openoffice.org Writer. Sebarang perubahan yang dilakukan dalam carta itu akan ditunjukkan terus di dalam dokumen Openoffice.org Writer. Bagi pengguna Openoffice.org versi 1.0 sebelum ini, versi terbaru 1.1 adalah jauh lebih baik daripada versi 1.0. Banyak kelemahan dalam versi 1.0 telah dibaiki. Ini adalah peluang untuk mencuba semula Openoffice.org dengan versi 1.1 atau terbaru, dan terus kekal menggunakannya.

Openoffice.org turut disertakan dengan template, borang-borang dan perisian bantuan (Wizards) untuk membantu dalam menyediakan dokumen dengan mudah dan cepat. Perisian dalam Openoffice.org mampu membaca, mengubah dan membuat beberapa jenis fail terutamanya yang dihasilkan oleh perisian-perisian Microsoft Office. Perisian ini boleh digunakan untuk melayari Internet. Dengan cara ini data-data daripada Internet adalah mudah untuk disalin ke dalam perisian Openoffice.org (Pastikan mendapatkan kebenaran sewaktu membuat salinan).

Perisian-perisian dalam Openoffice.org terdiri daripada:-

Openoffice.org Writer yang bersamaan fungsinya dengan Microsoft Office Word. Ia kaya dengan kepelbagaian fungsi yang perlu dalam membentuk dokumen-dokumen. Gunakan perisian ini untuk menulis surat, menyediakan risalah dan membuat muka laman (Save as HTML).

Openoffice.org Calc yang bersamaan fungsinya dengan Microsoft Excel. Malah fail dalam format Excel lebih mudah untuk ditukar kepada format Openoffice.org Calc. Perisian ini yang menggunakan cel-cel sebagai ruang memasukkan data, boleh digunakan untuk menyimpan data dalam bentuk rekod, membuat pengiraan, analisa data dan penyediaan carta yang bersesuaian.

Openoffice.org Impress yang bersamaan fungsinya dengan Microsoft Power Point. Perisian yang membantu dalam mendapatkan perhatian dalam memberikan laporan, maklumat dan persembahan supaya ia lebih profesional dan dengan fungsi multimedia. Persembahan boleh disimpan dalam format "Micromedia Flash Format" (swf).

Openoffice.org Draw, dalam membantu penyediaan grafik untuk dokumen-dokumen Openoffice.org. Grafik boleh disimpan dalam pelbagai format seperti png, jpg dan gif. Bagi pengguna Microsoft Visio, Openffice.org Draw boleh menjadi pengganti.

--- Mula Bantuan Pembaca ---

Sila gunakan format PNG dalam grafik yang disediakan. PNG adalah format grafik yang terbuka dan tiada ikatan tuntutan perlesenan. Masalah timbul akibat tuntutan bayaran perlesenan terhadap fail format GIF dan JPG dan menyukarkan banyak perkara dalam soal perlesenan.

--- Tamat Bantuan Pembaca ---

Untuk perhatian, berdasarkan format doc daripada Microsoft Word, xls daripada Microsoft Excel dan ppt Microsoft Power Point adalah sumber tertutup, tidak semua fail yang dibuka akan menghasilkan dokumen yang memuaskan dalam Openoffice.org. Bagi fail yang mempunyai "table" yang banyak, besar dan rumit, keputusan hasil "import" mungkin memerlukan pelarasan semula. Ini memerlukan tugasan tambahan dalam menukarkan fail-fail yang diperlukan dalam format untuk Openoffice.org. Berdasarkan pemerhatian, dokumen-dokumen untuk penggunaan biasa, kebanyakan dokumen-dokumen ini tidak memerlukan penyelarasan dan jika perlu ia tidak mengambil masa yang lama. Bagi yang memerlukan bantuan dalam menukarkan banyak fail-fail Microsoft Office lawat laman http://www.openoffice.org/. Antaranya adalah "Document Converter AutoPilot" yang boleh membantu dalam tugasan ini. Ingin dinyatakan Microsoft Word 97 juga menghadapi masalah dengan dokumen daripada Microsoft Office 2000.

Diharapkan perkara ini tidak menjadi masalah dalam penggunaan Openoffice.org. Sama ada terus menggunakan format Openoffice.org untuk semua dokumen baru dan hari seterusnya, dan bagi dokumen yang masih dalam format asal Microsoft Office, boleh digunakan perisian pembaca dokumen Microsoft Office yang boleh didapati secara percuma di laman http://www.microsoft.com/. Bagi pengkongsian fail dengan pengguna Microsoft Office yang lain, dicadangkan fail-fail yang hendak dikongsikan, jika ianya adalah dokumen dengan format biasa, maka tiada masalah untuk ditukarkan kepada format Microsoft Office. Openoffice.org turut menyediakan kemudahan tukaran kepada format PDF yang pasti mampu mengekalkan bentuk asal dokumen. Ada juga cadangan untuk menyimpan fail yang dikongsikan antara Openoffice.org dan Microsoft Office dengan format "Rich Text Format" atau HTML.

Tidak perlu diterangkan lagi, Open Office mampu menggantikan penggantungan kepada Microsoft Office. Muat turun ia di

http://www.openoffice.org/

CD Openoffice.org juga boleh didapati di

http://www.iusahawan.com/ dan
http://www.mysig.org.my/

Untuk bantuan selain mendapatkan ia daripada laman Openoffice.org, pertanyaan boleh diutarakan dalam forum-forum Malaysia di

http://www.ittutor.net/
http://www.mtusempoi.org/ (Ruang sumber terbuka)
http://www.mysig.org.my/ (Ruang forum)

Distribusi sistem operasi Linux seperti Mandrake, Fedora (RedHat) dan Suse, meletakkan Openoffice.org sebagai perisian pejabat utama. Dengan Linux dan Openoffice.org mempunyai perlesenan yang percuma, adalah satu penjimatan dalam jangka masa pendek dan panjang menggunakan Linux sepenuhnya menggantikan Microsoft Windows.

Bagi mana-mana individu, organisasi dan syarikat yang berminat untuk mendapatkan latihan dan tunjuk ajar Linux dan Openoffice.org , boleh membuat pertanyaan kepada Pertubuhan Pakar ICT Malaysia di laman http://www.mysig.org.my/

Mulakan langkah ke perisian sumber terbuka sekarang.
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186

-----

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]

Penulis boleh dihubungi melalui email

hafnie @ mtusempoi dot org

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie

v 1.0 24MAY04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan


- ----


Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia

--- Iklan ---

Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi
http://smssempoi.iscool.net/

Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di
http://emailsempoi.iscool.net/

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra