Pengalaman Mendapatkan Wang Melalui Internet

Pengalaman Mendapatkan Wang Melalui Internet

Apa pendapat anda sekiranya setiap tahun mendapat bonus tahunan melalui usaha anda berkongsi ilmu dan pengalaman di Internet. Ada yang lebih berjaya mendapat pendapatan bulanan dengan usaha penulisan mereka di Internet.

Artikel saya kali ini mengenai pengalaman saya sendiri mengenai bonus tahunan saya melalui Internet. Usaha masa lapang saya untuk menulis dan berkongsi ilmu dan pengetahuan turut memberikan saya bonus tahunan ini. Mungkin anda lebih berjaya daripada saya.

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun bonus saya ini semakin meningkat, semakin banyak ilmu dan pengetahuan dikongsikan, semakin banyak yang membacanya, semakin bertambah peluang untuk pendapatan yang lebih. Yang penting luangkan masa anda di Internet dengan berkongsi ilmu dan pengalaman.

Anda perlu ruang untuk menulis pengalaman dan ilmu anda. Cadangan mudah adalah dengan mendaftarkan diri anda dengan

http://www.blogger.com/ dan
http://www.wikidot.com/

Blogger.com memberi ruang kepada anda untuk menulis pelbagai perkara asalkan ia tidak bertentangan dengan syarat. Sebagai contoh anda boleh melihat contoh blog CyberMoney2U dan Perempuan Melayu Info.

http://cybermoney2u.blogspot.com/ yang menggunakan Blogger
http://www.perempuanmelayu.info/ yang menggunakan Wikidot

Apabila anda telah berdaftar dengan Blogger dan Wikidot, perkara yang anda perlu anda buat adalah membuat pengisian. Buat "posting" yang bersuaian dengan tajuk yang anda pilih. Semakin banyak isi semakin tinggi kemungkinan Blog anda akan dikunjungi dan dilawati. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi peluang iklan Internet yang bakal anda letakkan dilihat oleh pelawat. Untuk mendapat jumlah pelawat memerlukan masa dan kesabaran. Ia mengambil masa dua ke tiga tahun untuk Blog atau Wiki anda mencapai jumlah pelawat yang tinggi.

Pengetahuan asas HTML adalah penting. Anda perlu tahu asas ini kerana kod-kod HTML yang akan digunakan dalam meletakkan iklan di laman blog anda. Diruang Tempalate Blogger anda terdapat pelbagai cara untuk ubah suai blog dan meletakkan kod-kod HTML yang diperlukan. Anda boleh bertanya dan belajar tentang HTML di Forum ITtutor.

http://www.ittutor.net/

Satu perkara yang penting adalah fungsi meletakkan Google Adsense dalam Blog anda. Anda perlu mendaftar dengan Google Adsense sebelum dapat menggunakan kemudahan ini untuk menjanakan pendapatan. Google Adsense akan melihat pengisian Blog anda maka pastikan ia telah dipenuhi dengan nukilan anda.

Untuk berdaftar dengan Adsense http://www.google.com/adsense

Sebelum daftar pastikan Blog dan Wiki anda telah dipenuhi dengan penulisan. Setelah pendaftaran anda diluluskan, pastikan anda telah mengaktifkan penggunaan Google Adsense di Blogger dan Wikidot.

Sekiranya anda belum kesempatan untuk belajar HTML dicadangkan anda bermula dengan Hubpages.com sebagai contoh dan untuk pendaftaran

http://hubpages.com/_1n6cv479wdn8g/hub/CyberMoney2u-Making-Money-Online-For-Malaysian

Dengan Hubpages anda hanya perlu masukkan bahan-bahan anda. Sewaktu mendaftar di Hubpages pastikan pada ruang Affilate anda boleh daftarkan diri anda dengan Google Adsense, Amazon dan beberapa lagi. Yang paling penting anda berdaftar dengan Google Adsense.

Antara sebab utama anda masih perlukan ruang Blogger disebab Google Adsense memerlukan link laman web untuk dirujuk sebelum ia meluluskan permohonan anda.

Anda bukan sekadar meletakkan iklan Adsense semata-mata. Meletak banner iklan dan iklan text MobileKlub dan Adbrite turut mendatangkan hasil.

Berdaftar dengan MobileKlub
http://affiliate.mobileklub.com/cgi-bin/track.cgi?track=click-4043-1045

Berdaftar dengan Adbrite
http://www.adbrite.com/mb/landing_both.php?spid=2147&afb=120x60-1-blue

Anda juga sepatutnya menyertai komuniti pengkongsian trafik Adsense
http://www.senserely.com/referral/777778f2

Sudah sampai masanya anda menjanakan bonus tahunan anda melalui Blog, Wiki dan laman web anda. Terus melawat CyberMoney2U blog untuk maklumat lanjut.

http://cybermoney2u.blogpsot.com/

Lagi artikel menarik.
http://www.senserely.com/tipswanita-making-money-online-for-malaysian.php

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel
http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

08 Feb 2008

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra