Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan Sekadar Internet Sahaja

Nota kali ini adalah mengenai dua kesan terhadap kesihatan yang mungkin anda akan hadapi jika tidak mematuhi cara-cara penggunaan komputer yang betul.

Dua kesan ini adalah Repetitive Strain Injury (RSI) dan Computer Vision Sydrome (CVS). Kita mulakan dengan RSI.

RSI atau dengan nama lain "cumulative trauma disorder" atau "repetitive motion injury" adalah sejenis kecederaan yang berlaku kepada tisu lembut di dalam badan seperti tisu otot, saraf dan sendi menjadi sakit dan membengkak. RSI sering dilaporkan berlaku kepada mereka yang melakukan kerja yang sama berulang kali seperti di kilang pemasangan, bahagian penbungkusan, menjahit, bermain alatan muzik dan pekerja komputer. Banyak pekerjaan yang melibatkan tugas anggota badan melakukan kerja yang sama boleh pada jangka masa yang lama terdedah kepada masalah ini.

Sebab-sebab RSI belum diketahui. Namun RSI telah dikaitkan dengan

- Aktiviti atau pergerakan berterusan tanpa henti.
- Melakukan aktiviti dalam posisi yang kekok dan tidak natural.
- Mengekalkan posisi yang tetap untuk jangka masa yang panjang.
- Tidak berhenti untuk berehat sekejap.
- Keadaan sekeliling dan faktor sosial.

Laporan tambahan juga menyebut RSI juga dikaitkan dengan penggunaan papan kunci, tetikus dan lain-lain alat input komputer. Mereka yang mempunyai penyakit seperti sakit sendi, kegemukan dan kencing manis juga terdedah kepada kecederaan ini.

Sesetengah pengguna komputer mungkin merasai sakit atau tidak selesa apabila menggunakan komputer. Rasa tidak selesa ini mungkin tanda-tanda RSI.

Anda perlu menggunakan komputer dengan cara yang betul. Menggunakan peralatan yang baik dan diletakkan dengan baik mungkin tidak banyak membantu. Anda perlu sentiasa dalam posisi dan kedudukan yang sesuai akan memberikan anda keselesaan yang anda mahukan.

Nota diatas hanya cadangan dan penerangan yang tidak lengkap. Jika anda merasakan tidak selesa dan sakit sewaktu menggunakan komputer dapatkan pendapat doktor tentang itu. Lebih awal penyakit anda dikenal pasti lebih cepat ia diubati dan mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan yang lebih panjang.

CVS dipercayai disebabkan oleh cara bagaimana text dipancarkan di skrin komputer. Berbanding dengan tulisan atau cetakan pada kertas, text pada skrin komputer adalah cantuman pixel yang tebal ditengah tetapi berjerigi di tepi. Jika text di komputer diperiksa dengan kata pembesar kita akan dapat melihat kesan tidak rata dan tidak licin pada sempadan huruf text ini.

Kesan ini menyebabkan mata tidak dapat memberikan fokus yang betul kepada huruf-huruf yang dipaparkan. Amata akan sentiasa membetulkan fokusnya dan ini akan meletihkan mata.

Jika anda mengalami sakit kepala, pedih mata, rasa mual anda mungkin telah terlalu lama menggunakan komputer dan memandang lama skrin komputer anda mungkin mengalami masalah CVS.

Langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk memastikan persekitaran penggunaan komputer anda adalah sesuai untuk anda,

Kawasan kerja


Kawasan kerja perlulah selesa dan mempunyai suhu dan kelembapan yang sesuai untuk komputer. Suhu yang terlalu panas bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa malah menyebabkan komputer anda mudah rosak.

Suhu yang dicadangkan adalah sekitar 19 ke 23 darjah Celcius dan kelembapan sekitar 40 ke 60 peratus.

Anda juga perlu pastikan kawasan penggunaan komputer mempunyai edaran udara yang baik.

Pastikan keadaan sekeliling adalah senyap dan jauh daripada gangguan. Gangguan seperti kawasan laluan atau jika di rumah ia berdekatan kawasan TV atau radio. Gangguan bunyi bising akan mengganggu tumpuan anda. Bunyi sekeliling perlulah dibawah 55 dBA.

Untuk keselesaan mata bilik yang anda gunakan perlu dicat dengan cat yang tidak menyerlah. Ia perlu dicat dengan warna yang lembut, tidak terlalu terang dan menyejukkan mata.

Untuk mengelakkan kejang otot, pastikan anda mempunyai ruang pergerakan yang baik dan luas. Cuba jangan berada dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.

Cahaya yang sesuai adalah penting untuk keselesaan mata. Sinaran lampu yang ada membolehkan anda membaca dokumen dan melihat huruf-huruf di papan kunci. Takat pencahayaan yang sesuai adalah antara 300 dan 500 Lux. Lebih daripada 1000 lux dianggap terlalu terang. Untuk kerja- kerja skrin komputer 300 lux adalah sesuai. 500 lux sesuai untuk tujuan membaca dokumen. Adalah dicadangkan lampu utama (lampu bilik) sekitar 300 lux dan sebuah lambu khas yang menyuluh dokumen anda dalam 500 lux boleh disediakan. Jika tiada kemudahan itu lampu utama perlulah berada dalam takat 500 lux.

Pastikan tiada balikan lampu atau sumber cahaya yang terang pada skrin monitor anda. Sesuaikan supaya bahagian paling atas monitor berada bawah mata.

Pastikan pancaran monitor anda tidak berkelip atau bergoyang. Ini boleh meletihkan mata.

Keadaan Anda


Pastikan jarak mata anda dengan skrin monitor sekitar 46 ke 76 cm. (sekitar 2 kaki). Jika anda mendapati diri anda mendekat diri kepada monitor kurang daripada jarak ini, pastikan anda membuat pemeriksaan mata.

Kedudukan kepala anda sepatutnya 20 darjah menunduk kebawah.

Apabila anda duduk, pastikan anda boleh duduk dengan tegak dan disokong dengan penyokong kerusi. Pastikan tangan anda oleh bergerak dengan bebas dan pergelangan tangan digunakan dalam keadaan LURUS. Papan kunci anda sepatutnya ada bahagian untuk meletakkan pergelangan tangan yang memolehkan pergelangan tangan dalam keadaan lurus.

Anda sepatutnya tukarkan keadaan diri anda selalu. Jangan berada dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama. Berhenti untuk berehat 5 ke 10 seminit dalam jangka masa sejam penggunaan komputer. Rehat sekejap adalah lebih baik daripada berehat panjang tetapi menggunakan komputer dua hingga tiga jam tanpa henti.

Tukaran antara tugas antara menaip, berhenti sekejap untuk membaca, menulis, mengemas fail dan bergerak sekitar kawasan kerja boleh megelakkan masalah kekejangan urat. Lakukan senaman ringan pada tangan, kaki, bahu, leher dan belakang selalu, sekurangnya
sejam sekali.

Panduan diatas hanya pandangan peribadi hasil bacaan bahan-bahan di Internet dan buku-buku kesihatan. Anda PERLU mendapat nasihat doktor jika anda menghadapi masalah kesihatan yang mungkin bukan datang daripada RSI dan CVS.

Bahan-bahan menarik untuk rujukan lanjut.

HP Working in Comfort. http://www.hp.com/ergo/

Carian di http://www.google.com/ untuk Cumulative trauma disorders atau Repetitive Stress Injuries (RSI). Computer Vision Syndrome.

Wassalam.

: )

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar email kosong kepada

[email protected]

atau melalui link ini http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya mendapat email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).

Hantarkan email kosong kepada

[email protected]


atau melalui link ini

http://www.harisfazillah.info/

http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris

Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

20 Aug 2002.

Terbitan pertama blog : 25 Ogos 2002
Kemas kini : 11 Jun 2013

Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer by LinuxMalaysia Malaysia

Jom Sertai Komuniti OpenDNS.com - Cara Selamat Di Internet Dengan DNS

Jom Sertai Komuniti OpenDNS.com - Cara Selamat Di Internet Dengan DNS



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya telah menggunakan kemudahan OpenDNS telah lama dan OpenDNS.com telah banyak membantu saya dalam membuat tapisan untuk Internet di rumah terutama untuk penggunaan anak-anak yang muda lagi tahu menggunakan carian Google. Diharapkan ramai lagi dapat menyumbang dalam memastikan kemudahan ini selamat untuk anak-anak. Sila lawat http://www.opendns.com/

Luangkan masa untuk periksa laman web yang anda jangkakan tidak sesuai untuk anak-anak kita dengan menyertai komuniti Domain Tagging



Jom banyak lagi sumbangan daripada Malaysia.


Harisfazillah Jamel

Bukan Sekadar Internet Sahaja

9 Jun 2013



--- Email No 1 - Web Filtering ---



From: linuxmalaysia @ gmail.com
Subject: You should use OpenDNS

linuxmalaysia @ gmail.com has sent you the following message:

If you're not yet using OpenDNS Web filtering, take it from me - you should.

OpenDNS, chosen by Fortune 100 companies and more than 40,000 schools, provides the most efficient yet powerful Web filtering available. The cloud-based service takes just minutes to set up and gives you 55 categories of Web content, all of which are constantly updated. On top of Web filtering, OpenDNS provides anti-phishing and malware site protection.

It will also make your network faster and more reliable, and give you tools to easily see which Web sites are most visited on your network. If you see problem Web sites in your network stats, you can easily block them.

Get started now:


-----

OpenDNS
145 Bluxome St
San Francisco, CA 94107 USA

--- Email No 2 - DNS and Web Security ---


If you're not yet using OpenDNS to secure your network and protect against phishing, malware, botnets and DNS vulnerabilities, take it from me - you should.

OpenDNS, chosen by Fortune 100 companies and more than 25,000 schools, provides comprehensive security services, including award-winning Anti-Phishing from PhishTank. In addition, OpenDNS is one of the only DNS services that was never susceptible to the largest and most threatening vulnerability ever discovered. Dan Kaminsky, the researcher credited with finding the flaw, personally recommends using OpenDNS.

In addition to Web and DNS security, OpenDNS provides comprehensive Web filtering and detailed network stats that let you see what's happening on your network.

--- Email No 3 - Network Speed and Reliability ---


If you're not yet using OpenDNS to make your network faster and more reliable, take it from me - you should.

OpenDNS is the world's largest and fastest-growing DNS service. With zero downtime ever, the service is trusted today by more than 15 million users around the world in businesses, at schools and in households.

Taking just a few minutes to change your network's DNS settings will make your Internet overall faster and more reliable, freeing you of DNS-related outages.

--- Email No 4 - Parental Control ---


If you're not yet using OpenDNS Parental Controls to make your household's Internet safe, take it from me - you should.

Award-winning OpenDNS Parental Controls makes filtering Internet content a breeze. Simply choose your desired filtering level, from "High" to "Minimal," and check a box. Your filtering preferences take effect in just minutes. Further customize your preferences by adding additional categories like "Social Networking," "Hate" and "Gambling," or individual Web sites like MySpace.com that are problematic or unsafe for your household.

OpenDNS will also make your network faster and more reliable, and give you tools to easily see which Web sites are most visited on your network. If you see problem Web sites in your network stats, you can easily block them.


Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Domain Duit Online Economy email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla Kesihatan KOSTEM ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal PGP PHP Pligg Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra