Projek Dan Kempen Sumbangan Wikipedia Bahasa Melayu

Artikel ini di Internet
http://www.harisfazillah.info/

Wikipedia bahasa Melayu sudah sekian lama wujud untuk tujuan rujukan. Kempen ini adalah usaha untuk menambah lagi bahan-bahan dan rencana dalam bahasa Melayu agar ia boleh dimanfaatkan oleh orang ramai terutama pengguna komputer dan Internet Malaysia.

Kempen melalui email sedang dan akan terus dijalankan untuk menggalakkan sumbangan daripada pengguna komputer dan Internet yang mengetahui bahasa melayu agar menyumbang bahan dan artikel dalam bahasa Melayu. Walaupun sumbangan anda mungkin sedikit namun ia dapat memberikan manfaat yang besar kepada orang ramai.

Seperti mana sebuah gotong-royong. Semakin ramai menyumbang semakin mudah dan banyak yang boleh diusahakan. Begitulah tujuan kempen ini. Menggalakkan penyertaan dan sumbangan orang ramai bahan dan rencana dengan fakta yang jelas dan benar.

Untuk permulaan anda perlu daftarkan diri di

http://ms.wikipedia.org/

Syarat utama dalam menyumbang, semua fakta perlu benar dan disertakan dengan rujukan, seperti sambungan laman yang dipercayai atau nama buku untuk rujukan.

terdapat dua cara untuk menyumbang di Wikipedia bahasa Melayu.

(1) Menjalankan kerja-kerja terjemahan bahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Susun atur perlulah mengikut cara bagaimana artikel yang diterjemahkan disusun di Wikipedia bahasa Inggeris.

Anda boleh gunakan laman ini untuk kerja awal terjemahan

http://www.linguamatix.com/linguaweb/

Jika anda menggunakan laman di atas, anda perlu pastikan susun atur, perkataan, ayat dan tatabahasa adalah bersesuaian dan betul.

Sila lihat laman dibawah untuk rencana yang memerlukan terjemahan dan bermulalah dari situ.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Rencana_yang_memerlukan_terjemahan


(2) Sumbangan artikel dan rencana

Sumbangan rencana dan artikel terutama yang berbentuk akademik adalah dialu-alukan. Mana-mana rencana atau artikel yang terpendam lama sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik bolehlah disumbangkan di Wikipedia Melayu.

Sila pastikan anda tidak melanggar mana-mana hakcipta kerana sebarang bahan yang diletakkan di Wikipedia adalah dengan hakcipta milik umum.

Adalah diharapkan email atau artikel mengenai kempen ini dapat disebarkan kepada orang lain. Bertapa sedikit ilmu yang dikongsikan dan kemudian dimanfaatkan oleh orang ramai akan mendatangkan manfaat yang berpanjangan untuk penyumbangnya.

Artikel sebelum ini
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Apakah Wikipedia?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia

Wikipedia (www.wikipedia.org) adalah ensiklopedia yang boleh diubahsuai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan dan dioperasikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan.

Sebagai tambahan kepada matlamat ensklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan journal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia adalah dibina sepenuhnya oleh para pengunanya.

Tidak ada seseorang pun yang dapat mempunyakan maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada artikel yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap artikel.

Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh diedit secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik [1] yang tidak wujud dalam ensiklopedia-ensiklopedia tradisional.

Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini, walaupun mukasurat untuk menerangkan sistem ini.

Wikipedia telah bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasanya lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003.

Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada Mei 2004 ia telah mengandungi lebih daripada 270,000 artikel dalam Inggeris dan lebih 400,000 dalam semua bahasa yang lain.

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.harisfazillah.info/
http://www.geocities.com/lovhafnie/harisfazillah.html

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

22 Dis 2006

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Untuk Archive Internet
http://www.harisfazillah.info/wikipediabahasamelayu

Iklan ----

Sihat Wanita di

http://sihat.wanita.us/

Selaraskan Jam Anda Dengan Masa Standard Malaysia

Melalui laman web

http://mst.sirim.my/index.php

anda boleh melihat tarikh dan masa rasmi Malaysia berdasarkan Jam "Caesium Atomic". Secara rasmi anda boleh selaraskan jam anda berdasarkan tarikh ini.

Untuk pengguna komputer sama ada Windows atau Linux. Perkara yang perlu dibetulkan dahulu adalah Zon masa (time zone). Zon masa untuk Malaysia adalah dahulunya adalah GMT +8 dan kini adalah UTC +8

http://www.bipm.fr/en/scientific/tai/time_server.html

Untuk Windows XP

Klik dua kali pada jam (Tepi kanan bawah sekali). Pilih tab "Time Zone" dan pastikan yang ditayangkan adalah (GMT+08:00) atau Kuala Lumpur. Untuk pengguna Linux zon masa adalah Asia/Kuala Lumpur.

Untuk memastikan jam komputer anda sentiasa pada masa yang tepat, jam ini boleh diselaraskan dengan jam masa Internet. Klik pula ruang "Internet Time" dan pastikan "Automatically synchronize with an Internet time server" dipilih.

Pada ruang Server: time.windows.com boleh digunakan. Untuk penyelarasan dengan komputer pelayan masa Malaysia, pilih salah satu dan gantikan dengan

mst.sirim.my
202.190.27.9
202.190.27.10

Untuk terus membuat kemas kini dan mengetahui tiada masalah, tekan butang "Update". Maklumat "The time has been successfully synchonized with mst.sirim.my" akan ditayangkan apabila masa berjaya dikemas kini. Sekiranya timbul masalah, kemungkinan "firewall" rangkaian anda menutup port UDP 123.

Jangan lupa menekan butang OK.

Untuk mengikuti artikel-artikel lain sila sertai senarai email terhad di

http://groups.google.com/group/hafnie atau email kepada [email protected]

Rujukan

http://www.ntp.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Clock_synchronization

Artikel sebelum ini
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://www.harisfazillah.info/
http://www.geocities.com/lovhafnie/harisfazillah.html

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

19 Dis 2006

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon