Linux Sebagai Pilihan Pertukaran Windows NT

Artikel ini di Internet :

http://www.geocities.com/linuxmalaysia/tukar-nt.html
http://www.geocities.com/linuxdotmy/tukar-nt.html

Laman Utama Linux Malaysia : http://www.geocities.com/linuxdotmy


Pengenalan

Syarikat Microsoft telah menghentikan
sokongan terhadap Microsoft Windows NT Server 4.0 mulai 31 Disember
2004. Setelah sekian lama menjadi sistem operasi pilihan bagi
menjalankan pelbagai keperluan sesebuah organisasi, Microsoft mengambil
keputusan untuk menumpukan kepada sistem operasi mereka yang terkini.

Bagi sesebuah syarikat dan organisasi, pertukaran ke Windows Server 2003
adalah satu keputusan yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Selain
keperluan untuk membeli perkakas terkini dan sesuai dengan sistem
operasi yang dipilih, keperluan membeli lesen Windows Server 2003 perlu
juga dipertimbang. Perisian Microsoft turut mengenakan lesen untuk
capaian kepada perisiannya berdasarkan jumlah pengguna. Semakin ramai
pengguna semakin tinggilah jumlah perlesenan yang perlu dibayar.

Jika ada masalah dengan budjet atau kos yang tinggi ini, syarikat dan
organisasi tiada pilihan terpaksa meneruskan penggunaan Windows NT
walaupun tanpa sokongan atau mencari sistem operasi lain sebagai
pengganti. Sistem operasi lain yang sesuai adalah daripada projek sumber
terbuka dan yang terkenal adalah Linux.

Linux adalah sistem operasi daripada Projek Sumber Terbuka (Open
Source). Projek Sumber Terbuka adalah usaha pelbagai individu dan
organisasi untuk menghasilkan perisian yang bebas dimana kod-kod
sumbernya boleh dilihat, diubah untuk tujuan membaikinya dan disebarkan
tanpa sekatan perlesenan yang ketat. Individu dan organisasi ini bukan
sekadar daripada golongan pengaturcara, malah ia terdiri daripada
pelbagai golongan profesional ICT yang menyumbang secara sukarela atau
dibayar oleh syarikat-syarikat besar komputer seperti IBM, SUN, dan
pelbagai, untuk memastikan perisian adalah bermutu dan setanding dalam
setiap proses pengeluaran.

Selain itu perlesenan perisian sumber terbuka adalah dengan lesen
penggunaan yang percuma dan banyak kebaikan penggunaan sumber terbuka
telah ditulis dan diakui. Untuk menulis mengenainya bukanlah tujuan
artikel ini. Sila rujuk laman http://www.linux.com/
http://www.linux.org/ dan http://www.opensource.org/ untuk keterangan
lanjut.

Selain Linux, terdapat beberapa lagi sistem operasi lain daripada projek
sumber terbuka. Antaranya adalah NetBSD, FreeBSD dan OpenBSD.

Artikel ini cuba untuk memberikan cadangan kepada beberapa penyelesaian
keperluan sesebuah organisasi dalam mencari ganti kepada Windows NT atau
sistem operasi lain.

Linux dan penyelesaian sumber terbuka hanya percuma daripada segi
perlesenan dan penjimatan penggunaan perkakas. Kepakaran dan keperluan
penyelesaian -penyelesaian dan sumber terbuka Linux masih melibatkan
kos. Sama ada untuk melatih kakitangan yang sedia ada dengan pengetahuan
Linux dan sumber terbuka atau melantik Jururunding luar dan pihak lain
memasang dan menyediakanya. Kosnya masih dalam lingkungan yang jauh
lebih murah dan baik daripada penyelesaian lain. Seperti mana membeli
barangan, sila "Window Shopping" beberapa syarikat penyelesaian Linux
untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Ada pelbagai syarikat
menyediakan khidmat runding cara Linux yang menawarkan pelbagai harga
dan kepakaran. Antaranya adalah Spinx Technology Resources Sdn Bhd di
http://www.myoss.net/ atau penulis sendiri melalui cara hubungan di
akhir artikel ini. Senarai syarikat lain boleh dilihat disini.
http://www.linuxports.com/ .


Pengkongsian Fail Dan Pencetak (SAMBA)

Keperluan utama Windows NT adalah untuk mewujudkan suasana perkongsian
perkakas seperti pencetak dan fail-fail (printer and file sharing) di
dalam rangkaian tempatan (LAN). fail-fail boleh dikongsikan dengan
komputer yang lain tanpa perlu ia dipindahkan melalui disket atau CD
yang pastinya mengambil masa dan saiz meida yang terhad menjadikan
proses ini lebih sukar. Perkakas seperti pencetak boleh dipasang kepada
hanya sebuah komputer dan ia dikongsi dengan berapa komputer hanya dalam
rangkaian.

Linux melalui perisian SAMBA mampu menggantikan
Windows NT bagi maksud keperluan diatas. SAMBA boleh dijadikan komputer
pelayan (server) untuk simpanan fail antara pengguna dan kumpulan,
menjadi komputer pusat untuk pencetak, Ia boleh menyokong pelbagai
sistem operasi terutama Windows 95/98/NT malah Windows XP, Windows 2000
dan Windows 2003.

Beberapa ujian bebas yang dijalankan, SAMBA dalam beberapa aspek adalah
lebih baik daripada segi kemampuannya dalam melayani perkongsian fail
berbanding dengan Windows NT dan ianya turut setanding dengan Windows
2000 dan Windows 2003. SAMBA versi terkini mampu bersaing dengan Windows
2000 dan Windows 2003 daripada segi perkhidmatan perkongsian fail,
kawalan pengguna dan keselamatan dalam domain. Keterangan lanjut sila
lawat laman http://www.samba.org/ .

Dengan gabungan beberapa perisian "backup" dalam sumber terbuka masalah
kehilangan data dapat diatasi. Gabungan perisian seperti rsync
http://rsync.samba.org/ dapat memastikan
folder-folder utama di komputer Windows dapat disalin ke komputer
pelayan dan disimpan untuk dibuat salinan.

Jika keperluan menggantikan Windows NT adalah dengan maksud diatas, ini
adalah satu peluang untuk penjimatan untuk bertukar ke Linux. Selain
tidak perlu membayar lesen yang mahal, pemilihan ini melibatkan sistem
operasi, yang setanding dengan sistem operasi yang berbayar.

Projek SAMBA bukan bertujuan untuk menjadi seperti Microsoft Windows.
Projek ini mempunyai maksud dan tujuan yang tersendiri. Projek SAMBA
adalah usaha menghasilkan perisian untuk membolehkan lain-lain sistem
operasi selain Microsoft Windows dapat berkongsi sumber dan fail dengan
komputer yang dipasang dengan Microsoft Windows 95/98/ME/XP/2000 dan
2003. Malah ia mampu menjadi komputer pelayan kepada komputer Windows
untuk keperluan yang selama ini disediakan oleh Windows 2000 dan 2003.
Penumpuan dibuat dengan maksud ini supaya SAMBA lebih efektif, produktif
dan berkualiti dalam menyediakan kemudahan yang tersebut diatas. Dengan
kod-kod yang kecil dan bermutu, perisian SAMBA lebih stabil, efektif dan
selamat. Penumpuan membolehkan perkara ini dilakukan.

Projek SAMBA
http://www.samba.org/


Web Server (Apache)

Bagi kemudahan untuk perkongsian maklumat mengenai syarikat dan
organisasi di dalam rangkaian seperti Intranet dan Internet maka sebuah
pelayan laman (Web Server) perlu disediakan. Jika penggunaan Windows NT
dan Internet Information Services (IIS) adalah bagi tujuan diatas maka
ini adalah peluang untuk bertukar kepada penyelesaian Linux bersama
Apache. Apache adalah "Web Server" daripada projek sumber terbuka dan
ia menguasai lebih daripada 50 peratus jumlah "Web Server" yang berada
di Internet. Sila rujuk http://www.netcraft.com/ .

Selain memaparkan maklumat daripada fal-fail HTML, Apache dengan bahasa
script PHP http://www.php.net/ mampu menghasil
perisian yang berasaskan web dan bersandarkan pangkalan data Mysql dan
Postgresdan ianya adalah satu penyelesaian yang mampan. Bukan setakat
PHP malah ia menyokong bahasa-bahasa lain seperti Java, perl, CGI dan
pelbagai. Terdapat juga projek untuk membolehkan bahasa ASP turut boleh
difahami oleh Apache.

Laman Apache
http://www.apache.org/

Laman PHP
http://www.php.org/


Email Server

Terdapat pelbagai penyelesaian kepada Email dalam Linux yang dipanggil
Mail Transport Agents (MTAs). Antaranya adalah Sendmail
dan Postfix .
Sendmail terutamanya adalah perisian paling utama dalam Internet
menjalankan kerja-kerja penghantaran dan penerimaan Email. Postfix pula
adalah antara pilihan selain Qmail dan Exim dalam mencari pengganti
kepada Sendmail. Gabungan MTA dan Spamassasin untuk pencegahan SPAM dan
clamav untuk pengesanan virus dan trojan menjadi ia satu penyelesaian
yang lengkap. Digabungkan pula dengan OpenLDAP
untuk maklumat pengguna Email ia sudah cukup
menarik untuk digunakan menggantikan pilihan Open Exchange dan Windows
2000 / 2003. Bayangkan penjimatan tanpa bayaran pembelian perlesenan.

Laman rujukan Sendmail
http://www.sendmail.org/

Postfix
http://www.postftix.org/


Internet Proxy Server

Dalam memberikan khidmat Internet di dalam organisasi, perlu ada
perisian untuk mengawal dan mentadbir cara dan bagaimana capaian
Internet itu dicapai. Squid adalah perisian daripada projek sumber
terbuka yang mampu menjadi pelayaran Internet lebih lagi menjimatkan
daripada segi penggunaan jalur lebar capaian dan kawalan kepada apa yang
pengguna capai atau lawati di Internet. Ia juga boleh menjadi perisian
tapisan menghalang pelayaran Internet ke laman-laman yang tidak
dibenarkan seperti laman lucah dan seks disamping menentukan siapa yang
boleh menggunakan kemudahan capaian Internet. Squid dan gabungan
perisian tapisan SquidGuard dan DanGuardian mampu menjalankan peranan ini.

Laman Squid
http://www.squid-cache.org/.

Laman SquidGuard
http://www.squidguard.org/


Firewall

Firewall kini menjadi keperluan untuk memastikan rangkaian dalaman
terpisah daripada dunia Internet. Berdasarkan konsep DMZ ia diharapkan
dapat melindungi rangkaian dalaman daripada dicerobohi miskipun komputer
pelayan medan depan dibolosi. Linux dengan Netfilters (baris arahannya
iptables) adalah satu pilihan dalam menyediakan khidmat perlindungan
ini. Tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi sebuah "Firewall" yang
setanding dengan yang berbayar dapat digandingkan bersama penyelesaian
sumber terbuka yang lain. Hampir setiap Distro utama mempunyai antara
muka untuk konfigurasi untuk netfilters ini. Bagi yang mahu mencuba yang
lain sila rujuk perisian konfigurasi Netfilters iaitu Shorewall.

Laman Utama Netfilters
http://www.netfilter.org/

Laman Shorewall
http://shorewall.sourceforge.net/


Tulang Belakang Sistem Rangkaian


Terdapat pelbagai perisian yang digunakan dalam sistem rangkaian yang
perlu wujud untuk memastikan bahawa sistem rangkaian daripada segi
logikal tetap berfungsi. Antaranya adalah Domain Name System (DNS),
DHCP, LDAP, Time server dan pelbagai. Semua ini boleh dilakukan oleh
Linux dan perisian sumber terbuka. Malah perkakas lama boleh dijadikan
komputer tulang belakang tanpa perlu membeli komputer yang baru.

Maklumat mengenainya boleh dibaca melalui dokumen HOWTO di
http://www.tldp.org/ .


Kesimpulan


Terdapat pelbagai penyelesaian kepada keperluan syarikat dan organisasi
yang boleh didapati melalui sumber terbuka. Semuanya bergantung kepada
kemahuan dan kemampuan syarikat dan organisasi yang berminat dalam
mencari dan mencuba perisian yang sesuai.

Linux merupakan sistem operasi sumber terbuka dengan lesen penggunaan
yang percuma dan tiada had. Dengan pelbagai pilihan distribusi seperti
Linux Mandrake, Suse, Red Hat, Fedora dan pelbagai lagi dan setiap
distribusi dilengkapi dengan beribu-ribu perisian sumber terbuka yang
hampir memenuhi kehendak pengguna komputer dan Internet.


Senarai pelbagai distribusi

http://www.distrowatch.com/

Ajukan masalah Linux dan pelbagai masalah komputer disini
dan carilah hafnie atau linuxmalaysia

http://www.ittutor.net/

Dapatkan CD Linux pelbagai Distro

http://www.iusahawan.com/

Perlukan Jururunding Linux dan Unix. Email kepada Spinx Technology
Resources Sdn Bhd

harfizi @ myoss.net atau http://www.myoss.net/

Penyelesaian Untuk rangkaian (Networking) Sumber Terbuka dan Linux

http://www.sinets.com/

Rujukan Linux Malaysia

http://www.geocities.com/linuxmalaysia atau YM masalah Linux kepada
linuxmalaysia

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]

Sertai perbincangan komputer dan Internet di Dunia Digital

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital atau email kepada
[email protected]


Penulis boleh dihubungi melalui email

linuxmalaysia @ gmail.com

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie

15FEB2005

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2005
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

Luar Topik :- Catatan Penulis Tentang Kehidupan
http://cahaya-surga-ku.blogspot.com/

Popular Posts

Labels

64bit Activity Adempire advocate Akta Apache ASAS Azam backup backuppc Bash Beowulf Big Data Broadband Budget Centos Cinta Cluster CMS cmsfornerd Company Complain computer Computer Operation Conference Contest Data Centre Operation DBmail Digg Digital Certification Discussion Group Django DNS Docker Domain Duit Online Economy Elastic Stack Elasticsearch ELK email email server English Evangelist Events Family Tree Fedora File System Firefox Foss FOSS.my FreeBSD FTX Gesaan Gluster Gmail Godaddy.com Google Google App GTUG Hacking Hadoop hafnie Harisfazillah Jamel horde HP-UX hwclock IBM ICT Service Delivery and Operation Indonesia Internet Internet Tools Itanium Jabatan IT Negara Jaring Java Javascript Jepun Jiwang Joke Joomla K3S K3Sup Kernel Kesihatan Kibana KOSTEM Kubernetes ldap Linux Linux Counter linuxmalaysia Logstash Love Mailman MailScanner Mailwatch Malay Malaysia MAMPU MDeC meetup Melaka Melayu Merdeka Microsoft Migration mirror sites Money Online Monitor MOSC 2010 MOSC2010 mosc2011 MOSC2013 MOSCMY MOSCMY2014 MOSCMY2015 Mozilla MPI MSC Malaysia MSC Malaysia OSCONF MSCOSCONF My Love MyGOSSCON MyMeeting Mypenguin99 mysql Nagios NagiosQL Negaraku nss_ldap ntp OBW2014 Open Office Open Source openldap Openoffice.org OpenStack Opera OS2 OS400 OSCC OSCC MAMPU osdc.my OSS OSS Policy OWASP Parallel Computing People Power Personal Petition PGP PHP Pligg Podman Politik Postfix Postgresql Programming Proxmox Python q1moscmy2015 Questionnaires Research Research tools RPM SASSIAN Sassian 85-89 Sassians 85-89 SCO Security Sekolah Sekolah Alam Shah Shell script Software License Solaris SongketMail SongketMailFilter sourceforge spam spamassassin Spoof Survey SVR4 System Tools Technorati Terjemahan Terminal TMnet Tor Training translation Treasury Malaysia Trend Micro Twitter Ubuntu Unix Virtualization VMS VOIP Wang Web Server Windows Zimbra
 

LinuxMalaysia Mastodon