Capaian Internet Tanpa Talian (Offline Browsing)
Laman ini di Internet :-
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=22
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/offline.html
Tanpa memerlukan sambungan ke Internet bahan Internet masih boleh dicapai dan dibaca. Pelbagai cara wujud untuk sama ada untuk mendapatkan bahan-bahan Internet di dalam cakera keras atau menyimpannya.
Perisian pelayar Internet sendiri mempunyai pilihan untuk melihat semula fail-fail dan bahan yang berada di dalam cache atau simpanannya.
Cache atau simpanan ini merupakan fail-fail laman yang telah dilawati. Ia digunakan untuk mempercepatkan capaian Internet bagi laman yang jarang berubah. Capaian di cakera keras lebih cepat berbanding capaian ke Internet.
Bagi perisian pelayaran Internet seperti Mozilla, Netscape, Opera dan Internet Explorer telah tersedia pilihan "Work Offline".
Dengan pilihan ini laman-laman boleh dilihat semula. Terlebih dahulu pilihan ini perli dibuat. Bagi perisian pelayar
Mozilla, Netscape dan Internet Explorer
File -> Work Offline
Apabila pilihan ini dibuat anda dapat melihat hanya laman yang telah dilawati. Untuk memudahkan lagi, kemudahan "History" boleh digunakan. "History" adalah sejarah sambungan laman yang dilawati. Untuk Internet Explorer, View -> Explorer Bar -> History. Bagi Mozilla dan Netscape Go -> History atau dengan mudah sama ada Internet Explorer atau Mozilla dengan menekan serentak kunci Ctrl dan H.
Pada tetingkap History pilih sambungan laman yang hendak dilihat semula dan pastikan pilihan "Work Offline" telah dibuat.
Internet Explorer mempunyai kemudahan tambahan untuk capaian tanpa talian. "Synchronize" membantu pengguna untuk kemas kini laman yang telah dimasukkan dalam senarai "Favorites".
Lawat laman yang anda hendak lawat tanpa capaian Internet.
Pilih Favorites -> Add To Favorites -> Tandakan "Make Available Offline"
Jika anda memilih butang "Customize", anda boleh menentukan kedalaman laman akan disimpan, masa tetap untuk simpanan dan pelbagai lagi.
Untuk melihat laman yang telah disimpan, buat pilihan "Work Offline" dan pilih laman itu diruang "Favorites".
Untuk membuat mengendalikan laman-laman dalam "Synchronize"
Tools -> Synchronize
HTtrack http://www.httrack.com/
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan dalam muat turun laman ke cakera keras komputer. Salah satunya adalah Httrack.
Httrack merupakan perisian sumber terbuka yang boleh didapati di tapak laman http://www.httrack.com/ . Ia membolehkan muat turun tapak laman Internet ke "folder" atau direktori anda, ia membina semula direktori yang diperlukan oleh tapak laman itu, mendapatkan fail-fail HTML dan gambar-gambar grafik. Httrack akan menyusun fail-fail yang telah dimuat turun seolah-seolah laman itu dilayari di Internet. Ia umpama membuat salinan cermin kepada tapak laman yang anda pilih.
Httrack juga boleh mengemas kini laman yang telah diambil dan menyambung semula muat turun yang tidak lengkap.
Diharapkan artikel ini dapat membantu dalam penggunaan komputer dan Internet dengan lebih baik.
Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]
Penulis boleh dihubungi melalui email
hafnie @ mtusempoi dot org
Harisfazillah Jamel http://www.geocities.com/lovhafnie
01MAR04
Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/
Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan
----
Himpunan Laman Rujukan
Perisian Pelayar Internet Mozilla
http://www.mozilla.org/
Opera
http://www.opera.com/
Netscape
http://www.netscape.com/
HTtrack
http://www.httrack.com/
Simpanan Archive MTU Sempoi
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/archive/
Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
Harisfazillah,
02 March 2004
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Just my post to claim my blog in Technorati. Technorati Profile
-
QR Code My interest with QR code begin when using the latest Nokia that has the ability to scan QR code by using build in camera. Yesterda...
-
Need to blog this. Keep on google for it. I need a set of command so I can check the IMAP connection for email server. Yep Im promoting the ...
-
Registration Is Now Open For MSC Malaysia Open Source Conference 2010 (MSC MOSC2010) Please visit MSC MOSC2010 website to register http://...
-
Saya, Harisfazillah Jamel, rakyat Malaysia yang bekerja dan terlibat dalam bidang ICT ingin membuat bantahan kepada cara dan bagaimana &qu...
-
Spending my whole day trying to configure Openldap with Mysql as the backend. Stuck with numbers of configuration examples that each have it...
-
Kibarkan Bendera Malaysia Di Internet Sempena Hari Malaysia 16 Sept 2010. Kibarkan bendera Malaysia di Internet. Lawat laman ini untuk t...
-
Visit official website for detail and registration information https://www.owasp.org/index.php/OWASP_Day_KL_2011#tab=Welcome http:/...
-
Malaysia Open Source Conference 2010 (MSC MOSC2010) http://conf.oss.my/ MSC Malaysia Open Source Conference 2010

